BMW X3, X4 2022 facelift dapat gril buah pinggang yang lebih besar

oleh Mohamad Hanif|
Seiring dengan 'pertambahan usia', BMW turut mendatangkan kemaskini terhadap barisan crossover BMW X3 dan BMW X4 untuk tahun 2022.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Antara perubahan ketara yang dibawakan pada kedua-dua crossover tersebut adalah rekaan jeriji buah pinggang yang lebih besar dimensinya, diikuti dengan rekaan bampar yang direka semula.

Unit lampu LED turut diberikan kemaskini kecil, sementara unit lampu belakang BMW X3 pula menampilkan rekaan grafik yang lebih bersegi seakan penyepit makanan atau klip rambut.

 


Sementara itu, ruang kabin pula menampilkan kemasan headliner yang diperbaharui, sementara unit konsol tengah pula menempatkan rekaan corong pendingin hawa yang berbeza seakan rekaan yang terdapat pada model 4-Series.

Secara standard, BMW mendatangkan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci, atau opsyen BMW Live Cockpit Professional yang menempatkan dua unit skrin yang lebih besar (12.3 inci).

 


Dari segi kuasa, BMW X3 (varian X3 sDrive, dan X3 xDrive30i) dan X4 xDrive30i masih lagi mengekalkan penggunaan enjin 2.0 liter empat silinder sebaris berkuasa turbo yang menghasilkan 248 kuasa kuda dan 350 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Sementara varian X3 M40i dan X4 M40i 2022 pula memanfaatkan penggunaan sistem mild-hybrid 48 voltan dengan angka output kini kekal pada 382 hp dan 500 Nm, membolehkan pecutan 0-96 km/j dalam 4.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j bergantung kepada tayar yang digunakan.

 

 


Menurut BMW, sistem mild-hybrid ini menawarkan pemulihan tenaga yang lebih ketara terutama ketika berada di dalam mod pemanduan SPORT.

Produksi bagi kedua-dua crossover X3 dan X4 2022 akan bermula Ogos ini, sementara harga jualan pula bermula dari $43,700 (~RM179,970) untuk model X3 sDrive30i sehingga $62,400 (~RM256,981)untuk model X4 M40i.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain estetika, kit luaran juga memenuhi keperluan dari segi binaan yang ringan dan…
Berita Global
  Apa yang terhad pada sedan, coupé dan hatchback menjadi bebas pada SUV. Terbaru BMW…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian…