BMW X2 M35i - varian X2 Berprestasi Tinggi (RM400 ribu)

oleh Mohamad Hanif|

BMW X2 merupakan Sports Activity Coupe (SAC) yang telah pun dilancarkan pada tahun lalu, dan kini BMW mengemaskini barisan SUV mereka dengan sebuah varian berprestasi tinggi, iaitu BMW X2 M35i.

Bagi membezakannya dengan varian X2 yang lebih rendah, X2 M35i ini telah disuntik dengan elemen M Performance seperti sistem ekzos M Sport, tip ekzos berkembar, dan rim M Sport aloi bersaiz 20 inci. 
 


Nadi kuasa TwinPower Turbo 2.0 liter pada M35i ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 306 kuasa kuda dan daya kilas maksimum 450 Nm. 

Kuasa yang terhasil disalurkan kepada sistem pacuan xDrive menerusi transmisi Steptronic Sport lapan nisbah kelajuan talaan spesifik M Performance, dan diberikan ciri Launch Control.

Hasilnya, pecutan 0-100 km/j mampu dicapai sepantas 4.9 saat sahaja!
 


Tidak dilupakan, sistem pengendalian BMW X2 M35i ini dibantu oleh sistem suspensi M SPort, dan pemasangan M Sport Differential mampu mengurangkan kadar kehilangan cengkaman ketika pemanduan dinamik berkelajuan tinggi. 

Untuk memberhentikan jentera ini dengan cemerlang, sistem brek M Sport telah dinaik taraf dengan angkup brek berwarna Dark Blue, cakera 18 inci di hadapan dan 17 inci di belakang. 
 


Pengaruh DNA M Sport turut diperluaskan ke bahagian dalaman dimulakan dengan stereng kulit M Sport, tempat duduk M Sport padel penukar gear, kemasan trim Aluminium Hexagon Anthracite, serta trim pintu dengan designasi kod M35i. 

Untuk halwa telinga, sistem bunyi keliling Harman Kardon dengan 12 pembesar suara dimuatkan ke dalam SUV ini. 
 


BMW X2 M35i ditawarkan dalam warna Alpine White, Black Sapphire, Galvanic Gold, Misano Blue dan Sunset Orange, manakala ruang dalaman pula menawarkan pilihan upholsteri Black Dakota dengan leliang Black, Magma Red atau Grey. 

BMW X2 M35i dan BMW X5 xDrive40i M Sport akan ditawarkan tidak lama lagi dan harga jualan bagi BMW X2 M35i ini bermula dari RM400,000 termasuk jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
SUV, SUV dan SUV.  Entah kenapa, trend pemilikan kini beralih arah kepada SUV (termasuklah…
Model Terbaharu
  Tambah Hoelzl, jentera premium kompak sports activity coupe menjanjikan pengalaman pemanduan…