BMW X1 kecundang ujian brek kecemasan melibatkan pejalan kaki

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keselamatan pejalan kaki merupakan antara inisiatif terbaharu yang dijalankan oleh Insurance Institute of Highway Safety (IIHS) dalam menilai tahap keselamatan kenderaan baharu. 

11 buah SUV kompak telah diuji IIHS dan berdasarkan keputusan, hanya BMW X1 sahaja yang gagal melepasi piawaian yang ditetapkan oleh badan pertubuhan tersebut.

Menerusi video yang diterbitkan, jelas sekali BMW X1 tidak menunjukkan sebarang tanda untuk memberhentikan kenderaan ketika pejalan kaki melintasi jalan raya tersebut.  
 


Manakala Mitsubishi Outlander hanya memperoleh skor asas apabila sistem AEB didapati menurunkan kelajuan kenderaan sehingga 80% sebelum SUV tersebut menghentam 'mangsa'. 

Daripada 11 SUV yang diuji, Honda CR-V, Subaru Forester, Toyota RAV4 dan Volvo XC40 memperoleh skor keselamatan tertinggi. 

Ia diikuti oleh Holden Equinox, Hyundai Kona, Kia Sportage, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail.