BMW umum penawaran model aras mula PHEV 320e, 520e

oleh Mohamad Hanif|
BMW 320e Touring
Selain daripada pelancaran model berprestasi tinggi BMW M5 CS 2022, BMW tidak ketinggalan untuk melancarkan model plug-in hybrid (PHEV) aras mula bagi keluarga 3-Series dan 5-Series.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Model PHEV aras mula tersebut terdiri daripada 320e dan 520e, di mana kedua-duanya didatangkan dengan enjin 2.0 liter (163 hp) yang dibantu dengan motor elektrik menghasilkan angka output gandingan berjumlah 205 hp dan 350 Nm.

Sistem transmisi pula adalah daripada automatik lapan nisbah kelajuan yang memacu roda belakang, di mana terdapat juga opsyen untuk mendapatkan sistem pacuan semua roda xDrive.

 

BMW 320e sedan


Pecutan BMW 320e dari 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 7.6 saat  untuk versi pacuan roda belakang, 7.9 saat untuk station wagon manakala BMW 520e pula perlu mengambil masa sekitar 7.9 saat (8.2 saat untuk model wagon).

Menurut BMW, sistem PHEV ini mampu membenarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 50-61 km untuk model BMW 320e, dan 52-61 km bagi model BMW 520e bergantung kepada stail badan yang dipilih sama ada sedan atau station wagon.

 

BMW 520e


Pek bateri berkapasiti 12.0 kWh itu mampu dicas kembali dengan pengecasan 3.4 kW dari sifar ke 80 peratus dalam masa 2.6 jam sebelum mencapai kapasiti penuh dalam masa 3.6 jam.

Bagi mereka yang tinggal di Jerman, kedua-dua model 320e dan 520e ini boleh didaftarkan dibawah klasifikasi kenderaan elektrik, di mana anda boleh mendapat manfaat seperti penggunaan khas jalan raya umum, serta kemudahan parkir percuma.