BMW tidak berniat kembali ke F1 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Kumpulan Volkswagen berhasrat untuk menyertai sukan berprestij F1 menerusi Porsche dan Audi, dan ia bakal menjadi kenyataan menjelang tahun 2026, apabila berlaku perubahan undang-undang di mana penggunaan bahan api sintetik akan bermula.

Sementara itu, BMW dilapor tidak berniat untuk kembali menyertai sukan tersebut selepas berpisah daripada Sauber pada tahun 2009, berdasarkan laporan oleh BMWBlog.

Menurut bos BMW M Frank Van Meel menjelaskan, "bagi kami, adalah amat penting untuk mempunyai kisah transformasi (elektrifikasi) diterima secepat mungkin. Formula 1 masih lagi membincangkan peraturan berkenaan elektrifikasi, jadi bagi kami, ia amat jelas."

Biarpun tidak berhasrat untuk kembali ke F1, BMW kini terlibat di dalam perlumbaan Le Mans Daytona hybrid (LMDh) yang dijangka akan kembali pada tahun musim 2024, dan bakal menyaksikan persaingan sengit dengan Lamborghini, Porsche, Audi, Acura, Cadillac, Alpine dan juga Peugeot.

Sumber: BMWBlog

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Menurut laporan, langkah yang dibuat pasukan Ferrari itu bagi mengembalikan semula status mereka…
Berita Domestik
Bertemakan ‘Success on the Fast Lane’, acara itu sebahagian daripada usaha PETRONAS Lubricants…
Sukan Bermotor
Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dalam satu kenyataan menjelaskan, "Mick merupakan seorang…