BMW Skytop jadi kenyataan, 4.4 V8 turbo berkembar, 50 buah semua habis!

oleh Muhammad Md Tajudin|
BMW Skytop
BMW Skytop
Pada Mei lalu BMW mempertontonkan model konsep Skytop di Tasik Como yang menarik perhatian ramai.

Skytop juga bukti bahawa jenama Jerman pandai membuat roadster yang menawan.

Jarang disebut tentang kelebihan ini dan tiga jenama premium Jerman tekal dalam menawarkan coupé dan roadster.

Kereta cantik sayang jika hanya sekadar konsep dan susulan sambutan yang diterima roadster ini bakal menjadi kenyataan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
Massimiliano Di Silvestre and Adrian van Hooydonk

 

Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Reka Bentuk Kumpulan BMW, Adrian van Hooydonk di Milan, Itali. Harap maaf, hanya 50 buah sahaja dibuat.

Pada 2022 BMW memperkenalkan BMW 3.0 CSL sempena ulang tahun ke-50 BMW M GmbH dan penghormatan kepada BMW 3.0 CSL Batmobile era 70-an.

Skytop menjejak langkah 3.0 CSL sebagai satu lagi objek untuk disimpan serta dihargai dan meraikan roadster ikonik di antaranya BMW 507 dan BMW Z8.

Keanggunan Skytop tidak perlu diulas dan cukup mengamati gambar. Skytop banyak membawa pengaruh Z8, nampak berbeza namun boleh dilihat pada perincian.

 

BMW Skytop

 

Sama seperti roadster ikonik sebelum ini, Skytop menggunakan enjin V8 paling berkuasa. 

Badan elegan dipadan bersama enjin 4.4 liter V8 turbo berkembar dengan kotak gear lapan kelajuan Steptronic Sport dan sistem pacuan semua roda pintar xDrive.

Angka yang dihasilkan setinggi 625 kuasa kuda (hp) dan pecutan 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya sekitar 3.3 saat. Enjin ini diambil dari model andalan seperti M8. 

Skytop tidak menggunakan bumbung elektrik dan pemandu perlu membukanya secara manual dan disimpan di ruang bagasi.

 

BMW Skytop

 

Dari depan boleh dilihat ciri yang berlawan, lampu nipis dan jeriji buah pinggang lebar dan lengkap dengan nyalaan.

Tukup enjin mempunyai lekuk yang dalam dan garis tengah bersambung ke belakang dalam bentuk sirip. Warna badan yang lembut dinamakan Floating Sundown Silver.

Tiang di sebalik pintu juga menarik dengan Hofmeister Kink. Satu lagi yang menyerlah ialah rekaan rim dengan sejumlah bilah besar dan lidi halus menegak.

Bahagian dalam juga menarik dan menyerlah dalam warna coklat ala kereta sport klasik.

 

BMW Skytop

 

Selain segala perkakasan moden seperti papar pandu, skrin digital, BMW juga menggunakan kristal dan menaikkan seri kemewahan.

Pemandu dan penumpang dihiburkan sistem bunyi Bowers & Wilkins Diamond Surround Sound System.

Satu lagi yang ingin diberitahu ialah kesemua 50 buah BMW Skytop sudah mempunyai pemilik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

BMW Skytop