BMW Shorties & Chill akan ditayangkan 2 Januari ini

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia akan membuka tirai baharu tahun 2021 dengan membawakan acara maya BMW Shorties & Chill pada 2 Januari ini, bermula 2.30 PM sehingga 6.00 PM.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sorotan utama BMW Shorties & Chill adalah tayangan perdana pemenang utama BMW Shorties 2019, RAMA RAMA hasil produksi Ekin Kee Charles yang akan ditayangkan secara langsung di pautan INI.

Selain daripada itu, acara itu turut menampilkan sesi bual bicara bersama pendukung industri kreatif seperti Tan Ce Ding, Lina Tan, Khairil Bahar, Nadiah Hamzah serta persembahan muzik daripada NYK dan Seven Collar T-Shirt.

Maklumat lanjut berkenaan BMW Shorties & Chill ini boleh didapati menerusi Facebook dan Instagram BMW Shorties.