BMW serah 14,338 unit kenderaan sepanjang tahun 2018

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW Group Malaysia berjaya mencatatkan rekod jualan untuk lapan tahun berturut-turut pada tahun lalu, menyaksikan sebanyak 14,338 unit kenderaan di bawah BMW, Mini dan BMW Motorrad telah terjual.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 13% berbanding 12,681 unit yang berjaya dijual untuk tempoh yang sama tahun 2017.

Tahun lalu juga mencatatkan sebanyak 12,008 pemilik jenama BMW yang baharu, dengan BMW 3 Series mendahului senarai sebanyak 3,363 unit dan 2,149 unit daripadanya adalah jentera BMW 330e M Sport.

Ini diikuti oleh penjualan sebanyak 2,900 unit BMW X5 dan 2,761 unit BMW 5 Series. 

MINI juga berjaya mencatatkan pertumbuhan sebanyak 18% dengan serahan sebanyak 1,200 unit pada tahun 2018 berbanding 1,011 unit pada tahun 2017.
 


Sementara itu, BMW Motorrad menyaksikan sebanyak 1,130 orang pemilik baharu yang berdaftar, peningkatan sebanyak 7% berbanding tahun 2017 (1,052 orang), terima kasih kepada jentera BMW Motorrad R1200 GS Adventure yang menyumbang kepada pertumbuhan tersebut (300 unit).

Selain daripada itu, BMW Group Financial Services Malaysia berjaya mencatatkan perkembangan positif dengan lebih 6,100 kontrak ditandatangani pada tahun 2018. 

Dengan pelan pembiayaan yang fleksibel, BMW Financial Services berjaya membiayai empat daripada 10 unit BMW dan MINI, serta enam daripada 10 unit motosikal BMW Motorrad. 

Entiti ini juga melindungi tujuh daripada 10 unit kenderaan BMW Group Malaysia menerusi portfolio insurans yang ditawarkan. 
 


Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia,  tahun 2019 bakal menjadi tahun yang mengujakan dengan pengenalan barisan produk yang kukuh untuk pasaran Malaysia.  

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…