BMW sedang uji S1000RR dengan unit pengecas lampau berkuasa elektrik?

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, BMW Motorrad bakal menjadi pengeluar motosikal terbaharu yang mempunyai model superbike yang dikuasakan oleh unit pengecas lampau (supercharger).

Telahan ini adalah berdasarkan rekaan paten yang terbocor di dalam talian yang memaparkan sebuah superbike BMW dengan bantuan unit pengecas lampau berkuasa elektrik.

Teknologi bantuan induksi paksaan ini bukanlah satu perkara yang baharu, memandangkan Kawasaki H2 telah pun membuktikannya di mata dunia. 

Unit pengecas lampau ini secara asasnya merupakan sebuah unit pemampat udara yang mampu meningkatkan kadar tekanan udara yang disalurkan kepada enjin pembakaran dalaman. 

Ini membolehkan lebih banyak gas oksigen memasuki ruang pembakaran, dan melengkapkan proses pembakaran dengan lebih sempurna. 
 


Tidak seperti Kawasaki H2 yang menggunakan kuasa yang digerakkan oleh enjin, unit pengecas lampau pada BMW S1000RR ini digerakkan dengan kuasa elektrik yang diperoleh daripada pek bateri kecil atau kapasitor. 

Berdasarkan imej paten yang tersebar, model akan datang BMW S1000RR akan dilengkapi dengan unit pengecas lampau berkuasa elektrik seperti yang diterangkan pada perenggan di atas, dan ia akan mengurangkan keperluan untuk sebuah enjin untuk melahu dengan lebih tinggi, sekaligus menjimatkan penggunaan bahan api. 

Harus diingatkan, tidak banyak model motosikal yang menggunakan teknologi induksi paksaan dan untuk itu harganya juga tidak akan menjadi semurah yang disangka. 

Namun, dengan pengenalan superbike dengan bantuan pengecas lampau ini, pengeluar seperti BMW dapat mengkaji dengan lebih mendalam sebelum meluaskannya kepada model motosikal yang lebih mampu milik. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Motosikal /5 Series ini pada tahun itu menampilkan rekaan casis, enjin dan rekaan moden serba…
Gaya Hidup
Anda tidak perlu untuk menggosok mata anda beberapa kali saat melihat gambar ini, kerana ia…
Telah Diuji
Konsep Adventure Classic yang cuba dicapai oleh Moto Guzzi V85TT boleh dikatakan berjaya, terutama…