BMW S1000RR 2020 rasmi dilancarkan - harga bulanan serendah RM1,420

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri, BMW Motorrad Malaysia telah membawakan secara rasmi superbike BMW S1000RR untuk pasaran Malaysia setelah memperlihatkan jentera S1000RR yang dilengkapi dengan M Sport Package pada tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

BMW S1000RR didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris bersesaran 999 cc menghasikan 207 kuasa kuda @ 13,000 rpm dan daya kilas 113 Nm pada 11,000 rpm, serta dilengkapi dengan teknologi BMW ShiftCam yang mampu meningkatkan kuasa serta mematuhi regulasi emisi pada masa yang sama.

 


Empat mod tunggangan disediakan iaitu Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro di mana keempat-empat mod tersebut dikawal oleh Dynamic Traction Control (DTC) dan ABS Pro bagi memastikan keselamatan ketika tunggangan dilakukan.

Antara ciri-ciri keselamatan lain seperti Integral ABS, Bantuan Mula Mendaki serta HP Shift Assistant Pro yang menawarkan penukaran gear yang lebih pantas tanpa klac cekam.

 


Segala data informasi jentera S1000RR ini dipaparkan menerusi skrin paparan TFT bersaiz 6.5 inci yang boleh dikawal pada hendal sebelah kiri selain turut menawarkan kebolehan untuk disesuaikan mengikut citarasa serta sambungan Connectivity kepada peranti pintar memudahkan penunggang mengawal lagi atau membuat panggilan telefon.

BMW S1000RR kini boleh didapati di seluruh negara bermula 22 Mei 2020 dengan harga jualan tanpa insurans ditetapkan pada RM116,500.00, lengkap dengan jaminan pengeluar tiga tahun serta program bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

 


Menerusi pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia, pengguna boleh mendapatkan BMW S1000RR dengan harga bulanan serendah RM1,420.00 berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh 4 tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Arahan henti penjualan juga dilakukan untuk model-model baharu kerana masalah ini. Menurut laporan…
Berita Global
Telahan ini adalah berdasarkan rekaan paten yang terbocor di dalam talian yang memaparkan sebuah…
Telah Diuji
  Mula diperkenalkan pada tahun 2009 oleh BMW Motorrad untuk menyertai perlumbaan WSBK, motosikal…