BMW S 1000 XR rasmi dilancarkan di Malaysia - bermula dari RM121,500

oleh Mohamad Hanif|
Menambahkan lagi kerancakan segmen motosikal sports kembara di Malaysia adalah pengenalan rasmi model baharu BMW S 1000 XR oleh BMW Motorrad Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan memperkenalkan layout baharu yang dibuat terhadap kerangka utama, BMW S 1000 XR juga turut menampilkan rekaan baharu terhadap tangki bahan api dan juga ruang pelana bagi menawarkan sokongan yang lebih baik terhadap badan penunggang.

 


Ia turut dibantu dengan posisi yang lebih ergonomik di antara pemegang handle bar, permukaan tempat duduk, serta tempat pemijak kaki.

Antara ciri menarik yang didatangkan termasuklah cagak pannier, slot kad tol, serta ruang storan di bawah pelana, serta ciri opsyen seperti topang tengah, pelindung tangan serta grip dengan ciri pemanas terbina dalam.

Ciri lain yang dilengkapkan adalah teknologi lampu LED yang merangkumi lampu utama, lampu parkir, lampu indikasi membelok, lampu nyalaan siang  Headlight Pro DRL, serta suluhan membelok adaptif yang mampu menerangi jalan terutama ketika memasuki selekoh.

 


Nadi kuasa BMW S 1000 XR adalah enjin empat silinder sebaris baharu berkapasiti 999 cc yang mampu menghamburkan 165 kuasa kuda dan 114 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan serta nisbah gear yang lebih panjang bagi mengurangkan bunyi bising serta menambah baik penggunaan bahan api.

Untuk setiap 100 km, BMW S 1000 XR ini hanya menelan bahan api serendah 6 liter sahaja.

 


Mod tunggangan yang didatangkan standard adalah Rain, Road, Dynamic dan juga Dynamic Pro, di mana mod yang terakhir itu tadi boleh dikonfigurasikan dengan pelbagai tetapan buat kali pertama.

Aspek tunggangan turut dibantu dengan Dynamic Traction Control (DTC), fungsi DTC Wheelie, ABS Pro, Hill Start Control Pro, serta fungsi kawalan pelayaran.

Manakala dari segi pengendalian pula, BMW S 1000 XR dilengkapi dengan generasi terkini BMW Motorrad Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment) yang menawarkan dinamik tunggangan serta keselesaan yang tersendiri, terdiri daripada dua mod iaitu Road dan Dynamic.

 


Untuk memudahkan penunggang membaca data-data kritikal, BMW S 1000 XR dipasang dengan paparan Pure Ride jenis TFT bersaiz 6.5 inci yang mampu dibaca dalam apa jua keadaan pencahayaan, dan boleh dioperasikan menerusi Motorcycle Multi Controller yang terpasang pada handlebar.

Seperti BMW R 18, BMW S 1000 XR juga turut terdapat dengan aksesori opsyen termasuklah pannier, top case, beg storan lembut, crash bar daripada gentian karbon, komponen M Machined dan penghadang angin.

 


Harga jualan BMW S 1000 XR bermula dari RM121,500 atau ansuran bulanan serendah RM1,969.00 dengan pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun.

Para pemilik ditawarkan jaminan pengeluar selama tiga tahun, bantuan tepi jalan tiga tahun, serta manfaat tambahan seperti All-New Industry-Leading Premium Engine Oil Inclusive, Service Inclusive dan program lanjutan waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.

Model BMW S 1000 XR ini boleh didapati bermula 1 Julai 2020.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berpunca daripada kemaskini perisian Riding Modes Pro yang telah dibuat sebelum ini yang mampu…
Berita Global
Ini dibuktikan dengan pendaftaran paten yang dibuat oleh BMW Motorrad di Jerman yang menampilkan…