BMW S 1000 RR milik Alif Satar jadi mangsa curi brek motosikal!

oleh Mohamad Hanif|
Penyanyi dan pengacara Alif Satar, 30, kecewa apabila komponen brek motosikal berkuasa tingginya dicuri di parkir kondominium tempat tinggalnya.
Modenas

Alif berkongsi kekecewaan itu selepas sistem brek pada motosikal model BMW S1000RR berkenaan lesap dan mendoakan pencuri berkenaan bertaubat.

"Salam Jumaat! Nak pesan, curi barang orang berdosa. Jangan main-main dengan doa orang teraniaya.

"Parkir dekat kondominium sendiri, motor ada tapi brek tak ada. (Pencuri) potong 'brake harness' dan 'brake calipers'.

"Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ini, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniaya," katanya.

Terdahulu, pengacara Big Stage itu berkongsi dua keping foto di bahagian brek yang dicuri berkenaan. Dia reda namun berharap pencuri itu insaf.

"Allah nak gantikan dengan lebih baik, insyallah, doakan!," katanya.

Sumber: Harian Metro

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua kereta tersebut, Lancia Thema 8.32 (1989) dan Mercedes-Benz 500E (1993) kini dipamerkan…
Berita Domestik
Beberapa orang selebriti yang bakal berentap dalam perlumbaan Vios Challenge sempena Festival…