Menurut BMW Motorrad, dengan langkah ini, ia membolehkan para pelanggan mereka memilih untuk mengubahsuai, dan menambahbaik kuasa dan prestasi motosikal mereka menerusi pelbagai aksesori yang ditawarkan.
Sebagai permulaan, M Package yang dibangunkan khusus untuk S 1000 RR ini menampilkan rim gentian karbon M, bateri ringan M, kit casis M dengan pelarasan ketinggian tempat duduk, swingarm pivot, tempat duduk sport M, dan ciri Pro Mode yang lebih serius berbanding Race Mode.
Penawaran pakej tersebut diakhiri dengan layangan jalur warna tema perlumbaan yang disesuaikan dengan tema BMW itu sendiri.
BMW S 1000 RR generasi ketiga ini dilancarkan di acara EICMA 2018 dan menampilkan enjin baharu yang mampu menjana 207 kuasa kuda dan daya kilas 113 Nm @ 11,000 rpm.
Dengan berat bersih sekitar 197 kg, pakej M yang ditawarkan mampu menjadikan berat tersebut berkurangan kepada 193.5 kg, sekaligus membantu ia mencapai kelajuan maksimum 299 km/j!