BMW S 1000 RR 2021 kini dengan BMW M Package sebagai standard - bermula dari RM121,500

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada BMW R 18 Classic, BMW Motorrrad Malaysia turut membawakan varian terkini daripada keluarga superbike ikonik, BMW S 1000 RR 2021 dengan penambahan kelengkapan yang mampu menaikkan lagi penanda aras segmen superbike.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW S 1000 RR 2021 ini dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris sejukan cecair 999 cc dengan teknologi BMW ShiftCam yang menghasilkan 207 kuasa kuda @ 13,500 rpm, serta daya kilas 113 Nm @ 11,000 rpm.

Dengan kuasa tersebut, ia mampu mencapai kelajuan tertinggi 299 km/j dengan penggunaan bahan api sekitar 6.4 liter untuk setiap 100 km.

 


Kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah lampu utama LED, lampu membelok LED, empat mod tunggangan (Rain, Road, Dynamic dan Race) yang lengkap dengan Riding Mode Pro, serta ciri kawalan seperti Dynamic Traction Control (DTC), ABS Pro, BMW Integral ABS, Hill Start Control serta HP Shift Assistant Pro.

Sistem paparan TFT adalah bersaiz 6.5 inci yang boleh dikawal menerusi Multi Controller pada bar hendal sebelah kiri, serta menyokong penyesuaian untuk pelbagai jenis kegunaan, dan sambungan Connectivity kepada panggilan telefon dan fungsi main balik muzik.

Pemilik juga boleh memuat turun aplikasi BMW Motorrad Connected App untuk mengakses statistik tunggangan setiap kali selepas selesai perjalanan.

 


Antara kelengkapan opsyen yang kini dijadikan standard untuk BMW S 1000 RR adalah BMW M Package yang merangkumi roda karbon M, tempat duduk sport M, serta unit bateri yang lebih ringan.

Selain daripada itu, antara aksesori opsyen yang ditawarkan termasuklah tempat pemijak kaki karbon M, tuil brek-klac M, cermin penghadang angin, M Datalogger, M Laptrigger, tempat duduk M dengan pelbagai tetapan ketinggian, kit kalibrasi M serta bag tangki dan beg belakang.

 


Sama seperti BMW R 18 Classic, BMW S 1000 RR boleh didapati di semua pusat pengedar sah BMW Motorrad bermula 26 Februari ini, dengan harga jualan bermula dari RM121,500.00.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Memahat tanda aras baharu dalam segmen superbike, BMW S 1000 RR baharu berdiri teguh sebagai antara…
Berita Global
Enjin empat silinder sebaris 999 cc itu menghasilkan kuasa setinggi 205 hp dan 113 Nm, namun ia…
Model Terbaharu
Memperkenalkan, BMW S 1000 RR Isle of Man. Mengambil inspirasi daripada BMW M3 2021, BMW S 1000 RR…