BMW R1300GS semakin hampir dilancar?

oleh HEZERI SAMSURI|
Setelah puas mengusik peminat dan pemilik BM R1200GS dan R1250GS dengan penambahan baikan minimal dan juga varian-varian istimewa, akhirnya BMW Motorrad dikatakan bakal melancarkan pengganti sebenar untuk model adventure paling popular dunia, R1250GS.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Rahsia pengganti model itu mula dihidu majalah motosikal tersohor Britain, MCN bila laman web BMW tersilap memuat-naik fungsi tempahan untuk sesi servis bagi model-model R1300GS, R1400GS dan M1300GS.

Kali ini, gambar-gambar yang diambil MCN secara rahsia untuk unit prototaip model itu menunjukan R1300GS dengan gambaran lebih lengkap.

Bentul tradisional GS nampak masih dikekalkan dengan jarak lega bumi yang lebih dari cukup untuk tunggangan overland lasak. Paruh itik di hadapan juga masih kekal dan unit ini nampaknya menggunakan roda aloi jenis besi tetuang. Pastinya roda jejari dengan tayar tanpa tiub akan diberikan kerana ia adalah salah satu identiti GS.

 

 

Angkup brek hadapan juga nampaknya berbeza dari model R1250GS, walaupun jumlah angkup kekal empat.

Gambar MCN juga menunjukan ada modul elektronik di bawah paruh itik ikonik itu, menunjukan bahawa model ini kemungkinan besar akan dilengkapkan dengan sistem radar untuk fungsi "cruise control" canggih seperti model R1250RT sekarang.

Paparan meter juga kekal menggunakan skrin TFT, tetapi mungkin sebesar 10.25 inci yang juga digunakan di dalam model RT sekarang.

Pendakap enjin 1,300 cc sejukan cecair itu juga menunjukan kerangka lama telah diubahsuai dengan banyak, atau mungkin telah digantikan terus.

Paip ekzos pula kelihatan dari jenis digilap dan menggunakan peredam berkembar Akrapovic yang mungkin bukan unit sebenar kerana nampak sedikit aneh untuk bentuk keseluruhan GS.

 

 

Tongkat tengah juga nampak lebih bersegi dan kemas sementara sistem gantungan Telelever dan Paralever masih dikekalkan.

Tiga varian yang dijangka akan dilancarkan tahun hadapan itu kemungkinan adalah seperti berikut:

  • R1300GS - Pengganti model R1250GS sekarang, dengan enjin lebih besar dan dipercayai enjin baharu ini menggunakan sistem pendingin cecair sepenuhnya.
  • M1300GS - Seperti model M untuk kereta BMW dan juga superbike M1000RR, varian ini kemungkinan adalah varian sporty untuk R1300GS, dengan fokus lebih kepada kelajuan dan bukannya fungsi Enduro. Ia juga mungkin menjadi pesaing kepada varian Pikes Peak dari Ducati untuk model Multistrada.
  • R1400GS - MCN berkata ini adalah pengganti kepada varian GS Adventure atau GSA, iaitu varian yang disasarkan untuk mereka yang mahu mengembara ke seluruh pelusuk dunia, atau mereka yang berangan-angan mahu ke arah itu.

Apa yang pasti, jika dikaji tren pengguna GS di Malaysia, maka ada harapan untuk pemilik model R1200GS untuk membeli unit-unit terpakai R1250GS dengan jumlah perbatuan yang rendah yang dijual untuk membeli model paling baharu di pasaran dan di dalam kelab-kelab GS yang bersepah-sepah sekarang.

* Sumber berita dan gambar dari MCN

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jika rupa M2 tidak memuaskan hati, kit M Performance dengan spoiler tinggi, sirip tepi dan…
Berita Global
Menurut laporan media tempatan, enjin ICE terakhir yang akan dipasang ialah sebuah nadi V8 di mana…
Berita Global
Pembelian saham bernilai 600 juta Euro akan selesai tahun hadapan, dan menurut Pengerusi AUO, Paul…