BMW R1250 RT 2021 - Makin canggih!

oleh HEZERI SAMSURI|
Seperti biasa, bila Motorrad melakukan perubahan, ia lebih dari hanya menambah pewarna pipi dan lipstik baharu.

Syarikat Jerman ini selalunya akan melakukan perubahan yang besar dan untuk R1250 RT tahun 2021, kelengkapan baharu yang hadir membuatkan geng kereta sendiri takjub.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah senarai perubahan yang dilakukan:

Bentuk dan lampu LED

Konsep bentuk berudu RT masih ada - iaitu kepala besar dan pannier terbina.
Namun begitu kali ini, bentuk lampu hadapan yang sepet memang menarik perhatian, terutama bila ia dihidupkan.
Bentuk LED DRL baharu serta fungsi adaptif memang mengujakan.
Bahagian hadapan juga mempunyai aerodinamik yang lebih efisien.

Enjin

Enjin boxer 1250cc dengan teknologi ShiftCam dikekalkan, tetapi diperhalusi dan kini memberikan 136 hp dan 143 Nm.
Tiga mod tunggangan dijadikan standard dan juga mod Eco untuk penjimatan bahanapi.

 

 

Sistem gantungan lebih canggih
Dynamic ESA "Next Generation" mempunyai fungsi mengesan berat beban dan mampu melaraskan sistem gantungan secara automatik.

Skrin TFT baharu
Skrin berwarna TFT lebih besar dan bersaiz 10.25-inci kini memberikan lebih banyak fungsi, termasuk peta navigasi yang lebih lengkap seperti di dalam kereta.
Ia juga memberikan fungsi dua skrin.

 

 

 

Sistem audio baharu
RT memang terkenal dengan sistem audio dan model 2021 dilengkapi dengan sistem audio 2.0 yang lebih baik.

Panggilan kecemasan
Sistem Intelligent Emergency Call kini mula diperkenalkan untuk motosikal BMW di mana ia akan menghubungkan penunggang dengan operator semasa kecemasan.

Fungsi Hill Start yang lebih baik
Hill Start Control Pro mempunyai fungsi yang lebih baik dan lebih menyeluruh - satu ciri yang baik untuk mereka yang tinggal di kawasan berbukit dan curam.

 

 

Sistem cruise control Adaptif
Sistem Adapative Cruise Control yang menggunakan radar agar ia boleh membaca jarak kenderaan di hadapan dan mengawal pendikit dan brek, sama seperti di dalam kereta BMW.
Ini sangat berguna untuk mereka yang sering berkelana di atas lebuh raya.

BMW R1250 RT bakal hadir ke Malaysia dan pastinya, sudah ramai pemilik gelisah kerana tidak sabar untuk melihat jentera touring baharu ini.

Harga RT 1250 sekarang ialah sekitar RM135,000 dan model 2021 pastinya tidak lari jauh dari harga tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…