BMW R1250 GS/GSA Edisi 40 tahun - Teknologi kereta turun ke motosikal!

oleh HEZERI SAMSURI|
Model sempena meraikan ulangtahun ke-40 BMW GS ini memang unik dan lebih dari pelekat dan warna semata-mata.

Masih menggunakan jentera Boxer yang mengahsilkan 136 hp dan 143 Nm melalui transmisi 6 kelajuan manual, GS kali ini memnerima beberapa tambahan aksesori sebagai standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ada juga beberapa perkara tentang GS ini yang sebenarnya boleh dikaitkan dengan sebuah kenderaan empat roda. Malah semasa R 100 GS diperkenalkan dalam tahun 1988, ia dipanggil Range Rover dua-roda (kerana BW X5 muncul dalam tahun 1999 sahaja).

Di bawah ialah senarai beberapa ciri-ciri yang kami kira diambil dari teknologi kereta.

 

 

Lampu depan jenis adaptif
Model R1250 GS edisi 40 Years ini hadir dengan lampu LED jenis adaptif yang boleh "bergerak" mengikut lengkok selekoh, seperti yang ada pada kereta/SUV BMW.

Lampu membelok boleh tukar warna
Lampu membelok jenis LED untuk varian ini sedikit unik kerana lampu membelok di hadapan akan sentiasa hidup dengan malap jika tidak digunakan.
Lampu membelok di belakang pula boleh bertukar menjadi warna merah untuk fungsi membrek. Canggih!!!

 

 

Ada DTC untuk nampak hero!
Ia ada tunggangan kawalan DTC (Dynamic Traction Control) sebagai standard. Ini menjanjikan tunggangan yang lebih selamat dalam apa jenis keadaan permukaan dan paling penting, ia mampu membantu penunggang-penunggang biasa.

Ia ada ABS Integral Pro
Seperti kereta prestasi, akan ada mod-mod khas untuk pemanduan agresif. Sama seperti GS, ia ada mod ABS Integral Pro yang lebih selamat ketika penunggangan agresif di atas laluan off-road.

 

 

GS ini ada mod Eco
Selain dari tiga mod tunggangan standard, mod Eco turut disertakan agar anda mampu menunggang secara efisien dan tidak menyusahkan kawan-kawan bila anda habis minyak di tepi jalan ketika berkonvoi.
Apa yang berlaku, ia mengawal kadar sensitiviti pendikit dan membataskan daya kilas kerana lebih perlahan, lebih menjimatkan!

Dia ada Hill-Start Control juga.
Sama seperti kereta yang ada kawalan HSC untuk memudahkan memandu dari parkir di cerun bukit, GS yang ini juga ada. Ini membantu penunggang baharu yang mungkin akan terkial-kial bila GS di parkir di cerun bukit.

 

 

Ada pemanas punggung!
Seperti kereta, GS yang ini mempunyai pemanas pelana yang boleh dikawal darjah kepanasannya. 
Sesuai jika anda sering menunggang di subuh hari atau jika anda tinggal di kawasan tinggi.

Skrin TFT boleh disambung kepada henfon
Seperti kereta, skrin TFT pada GS juga boleh disambungkan kepada henfon anda. Anda cuma kena memuat-turun aplikasi BMW Motorrad Connected dan anda boleh menggunakan fungsi-fungsi seperti navigasi, cuaca kawasan sekililing, perakam data kelajuan atau darjah miring ketika mengambil selekoh, pemain media (muzik sahaja) dan jadual servis motosikal anda.

 

 

Bar hendal boleh laras
Stereng kenderaan anda boleh dilaraskan (kecuali beberapa kenderaan mampu milik yang datang dengan stereng kejung), dan kerana itu, bar hendal GS yang ini diberikan pilihan untuk ditinggikan menggunakan "riser" sebanyak 30 mm.

USB dan soket 12V standard
Slot USB 5V dan soket 12V kini standard, dan memudahkan anda untuk mengecaj henfon atau menggunakan pam udara.

Adakah ia akan hadir ke Malaysia? 

 

 

Sekiranya model cruiser R18 boleh dilancarkan di sini dan menerima sambutan hebat, kami kira model-model 40 Years Anniversary ini bakal muncul juga tetapi kemungkinan besar tahun hadapan.

Kami juga mendapat tahu model F850 GS Edition 40 years akan diperkenalkan dahulu ( gambar bawah) dengan harga jauh di bawah RM90,000. 

Nantikan berita lanjutan.
  

Berita Berkenaan

Informasi
Stabil Susun atur enjin boxer memberikan ia titik graviti yang rapat ke bumi, menjadikan ia sangat…
Berita Domestik
Menurut BMW MCM, pihak kelab menyewakan unit-unit pendingin hawa mobil untuk kegunaan klinik-klinik…
Berita Domestik
  Pengunjung 300 orang pertama akan dihadiahkan Insurans Komprehensif BMW atau MINI yang bertempoh…