BMW R nineT /5 - tribut kepada motosikal /5 Series era 1970-an

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 1969, di Spandau, Berlin, sekumpulan 400 orang pekerja bersepakat untuk memulakan produksi beberapa buah model motosikal di dalam keluarga /5 Series (ingat kereta BMW sahaja ada 5 Series?) seperti R 50/5, R 60/5 dan R 75/5.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Motosikal /5 Series ini pada tahun itu menampilkan rekaan casis, enjin dan rekaan moden serba baharu melambangkan era "pergolakan, muzik rock dan keinginan kebebasan yang meluap-luap". 

Diinspirasikan daripada itu, BMW Motorrad akhirnya melancarkan sebuah motosikal edisi khas bagi memperingati ulang tahun yang ke-50 produksi di kilang Berlin, Jerman itu. 
 


BMW R nineT /5 membawakan kembali elemen nostalgia yang dipersembahkan oleh model /5 Series  seperti modifikasi yang unik, warna yang menarik perhatian serta perincian yang mengkagumkan. 

Tidak seperti model asal R nineT yang terdapat dalam lima variasi yang berbeza, model R nineT /5 ini hadir dengan layangan warna cerah Lupine Blue metallic dengan efek asap dan garisan berkembar pada tangki bahan api. 
 


Manakala komponen seperti enjin, kotak gear, tiub fork slider, hub roda dan jejari masing-masing dilayangkan dengan kemasan Aluminium Silver. 

Tidak terkecuali, elemen retro krom yang ada pada motosikal terdahulu turut dilayangkan pada cermin sisi, manifold ekzos dan peredam bunyi. 

Antara elemen /5 Series yang disertakan pada R nineT /5 ini seperti pad lutut, lencana ulang tahun, pelindung pada fork teleskopik dan tempat duduk. 
 


Enjin asal R NineT ini masih kekal tanpa sebarang perubahan mekanikal. 

Nadi boxer sejukan udara 1,170 cc itu masih mampu menghasilkan 109 kuasa kuda @ 7,750 rpm dan daya kilas 117 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 6,000 rpm.

Motosikal yang kacak bergaya ini walaubagaimanapun masih lagi tidak diketahui harga jualannya. 
 


Sebagai rujukan, BMW Motorrad Malaysia menjual model motosikal R nineT dalam lima varian berbeza dengan harga bermula dari RM79,176.13 sehingga RM97,100.66. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…