BMW R nineT 2021 dilancarkan - tiga varian, bermula dari RM82,500

oleh Mohamad Hanif|
Untuk mereka yang menggemari motosikal rekaan retro klasik, BMW Motorrad membawakan penawaran BMW R nineT dengan tiga varian yang berbeza untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan yang tak lapuk dek masa itu kini dipertingkatkan dengan penawaran ciri Headlight Pro yang terdiri daripada lampu utama adaptif serta lampu indikasi membelok LED.

Model R nineT Pure kini mendapat ciri standard peredam yang sebelum ini ditawarkan sebagai opsyen, sementara model R nineT Pure dan R nineT Scrambler pula dilengkapi dengan ciri tambahan paip header salutan krom.
 

R nineT


Melengkapkan lagi penampilan klasik model-model R nineT adalah kluster meter berbentuk bulat analog dalam perumah logam dengan paparan digital yang serba ringkas dan minimalis.

Kesemua varian R nineT 2021 didatangkan dengan enjin boxer yang mampu menghasilkan 109 kuasa kuda @ 7,250 rpm, serta daya kilas maksimum 116 Nm @ 6,000 rpm.
 

BMW


Aspek tunggangan dibantu dengan strut suspensi baharu yang menampilkan tetapan pra-muatan (WAD) yang boleh diakses menerusi roda tangan, serta dibantu dengan mod tunggangan Rain dan Road, serta ciri kawalan elektronik yang dimuatkan termasuklah ABS Pro, Dynamic Brake Control (DBC), serta kawalan kestabilan automatik ASC.

BMW R nineT ditawarkan dengan warna Black Storm Metallic sebagai standard, atau pilihan warna Option 719 Aluminium dan Optium 719 Night Black matte/Aluminium matte.
 

R nineT


Sementara model BMW R nineT Pure boleh didapati dalam warna Teal Blue metallic matte dan Mineral Grey metallic, manakala model R nineT Scrambler pula dalam warna Kalamata metallic matte.

Harga jualan adalah seperti berikut:


BMW R nineT Pure:                     RM 82,500.00
BMW R nineT Scrambler:            RM 86,500.00
BMW R nineT (Black Storm):       RM 96,500.00

R nineT 2021
R nineT Pure 2021
R nineT Scrambler 2021

Berita Berkenaan

Berita Global
Motosikal /5 Series ini pada tahun itu menampilkan rekaan casis, enjin dan rekaan moden serba…