BMW R 18 Edisi 100 tahun kini di Malaysia, 10 unit sahaja, dari RM159,500

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad Malaysia hari ini melancarkan model edisi terhad BMW R 18 100 Years untuk pasaran tempatan sebagai tanda memperingati ulang tahun penubuhan BMW Motorrad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada 1,923 unit sahaja yang dihasilkan untuk satu dunia, 10 unit disediakan secara eksklusif untuk para pelanggan dan peminat jenama ini di Malaysia.

R 18 100 Years masih lagi mengekalkan nadi boxer bersesaran 1,802 cc sejukan minyak/udara yang mampu menghasilkan 91 hp dan daya kilas 158 Nm, sementara kelajuan tertinggi dihadkan kepada 180 km/j.
 

R 18


Jentera ini menampilkan cat berwarna hitam serta kemasan krom berkilat, diikuti dengan jalur halus berkembar berwarna putih serta logo “100 Years”, sementara pelana Option 719 pula dibaluti upholsteri gandingan hitam dan oxblood, berserta kemasan corak berlian premium.

Elemen krom juga boleh didapati pada bahagian penyedang bar hendal, penganjak gear, tuol brek kaki, silinder utama brek, angkup brek, pelitup selongsong enjin, penutup kepala silinder serta komponen salur kemasukan.
 

R 18


Sementara kemasan permukaan bergalvani boleh dilihat pada bahagian peredam Akrapovic, serta trim paip ekzos berliang yang direka berdasarkan corak bebaling logo BMW.

Biarpun tampak retro, BMW R 18 turut dilengkapi dengan ciri moden termasuklah lampu LED penuh, paparan info berbilang fungsi, Kawalan Kestabilan Automatik (ASC), tiga mod tunggangan (Rock, Roll, Rain), serta Tunggangan Tanpa Kunci.
 

R 18


Ciri opsyen yang didatangkan standard termasuklah pemanas pendikit, gear undur, lampu hadapan adaptif, kawalan permukaan curam (HSC), penutup tangki bahan api yang boleh dikunci, serta panel pemijak berwarna hitam.

Harga jualan BMW R 18 100 Years 2023 ini bermula dari RM159,500, atau bulanan serendah RM1,938.00 menerusi pelan pembiayaan Balloon Financing oleh BMW Group Financial Services Malaysia, dengan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh 4 tahun.

Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan seperti pakej Minyak Enjin Premium, pakej Servis dan Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Acara pameran istimewa BMW Malaysia tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.  …
Sukan Bermotor
Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24…
Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…