BMW R 18 bakal dapat varian baharu - Transcontinental!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengenalan model varian 'asas' BMW R18 yang dibuat pada April lalu, diikuti dengan varian Classic pada penghujung Oktober 2020, BMW Motorrad kini merancang untuk memperkenalkan sebuah lagi varian kepada R18 dalam masa terdekat.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Berdasarkan tanda dagangan yang difailkan oleh BMW, R 18 dan R 18 Classic akan disertai oleh varian baharu yang dinamakan sebagai Transcontinental.

Difahamkan, spesifikasi teknikal seperti casis dan enjin adalah sama seperti dua  model yang terawal, namun Transcontinental mempunyai ciri tersendiri seperti dimensi tangki bahan api yang lebih besar, pemasangan reraup hadapan, serta struktur windshield yang lebih gagah.

 


Disebalik windshield itu, ia bakal menampilkan kluster meter dengan kehadiran paparan meter TFT, pelana yang mampu memuatkan dua orang yang lebih selesa, serta perubahan pada susunan lampu utama di hadapan.

Sekali imbas, BMW Motorrad sememangnya mensasarkan R 18 Transcontinental ini bagi menyaingi model-model Harley-Davidson.

Setakat ini, tiada sebarang informasi berkenaan tarikh pelancaran sebenar model baharu R 18 ini.

 

 


Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, “Komitmen kami untuk ‘Make Life A Ride…
Berita Global
Teknologi itu didedahkan pada acara eksklusif di BMW Enduro Park Hechlingen, Munich, dengan…
Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…