BMW R 18 Bagger, Transcontinental First Edition mendarat di Malaysia, dari RM187k

oleh Mohamad Hanif|
Diperlihatkan secara rasmi di peringkat global pada bulan Julai yang lalu, dua buah varian baharu R 18 - R 18 Bagger dan R 18 Transcontinental kini sudah rasmi mendarat di Malaysia dibawakan oleh BMW Motorrad Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua motosikal baharu ini sememangnya membawakan pakej penggayaan ala cruiser berjenama Amerika, namun dengan perubahan yang tersendiri jika dibandingkan dengan model asas R 18 yang dibawa masuk sebelum ini.

Perincian kedua-dua model adalah seperti berikut:

BMW R 18 Bagger

Bagger


-pemasangan reraup dengan cermin penghadang angin rendah
-storan keras pada bahagian sisi kiri dan kanan
-kemasan enjin metallic matt black
-fork hadapan, dan sarung fork hitam
-cermin sisi krom
-kluster instrumen hitam
-Pakej First Edition - rim berwarna hitam, lencana First Edition, kemasan krom pada sesetengah tempat, jalur putih berkembar pada tangki, reraup, dan kotak sisi.

 

BMW R 18 Transcontinental

Trans

-pemasangan reraup dengan cermin penghadang angin yang lebih tinggi
-pemesong angin
-tambahan top-case dengan kemasan warna badan
-rekaan pelana yang lebih selesa
-kemasan enjin warna perak
-fork hadapan warna perak
-cermin sisi krom
-Pakej First Edition - rim berwarna kelabu perak, lencana First Edition, kemasan krom pada sesetengah tempat, jalur putih berkembar pada tangki, reraup, dan kotak sisi.

Kedua-dua varian R 18 ini dikuasakan oleh nadi 1,802 cc boxer dua silinder yang mampu menghasilkan 91 hp @ 4,750 rpm, dan daya kilas 158 Nm @ 3,000 rpm.

Sistem brek pula terdiri daripada angkup empat omboh dengan cakera berkembar di depan dan cakera tunggal di belakang, di bantu dengan ciri BMW Motorrad Full Integral ABS.
 

Trans


Ciri moden  yang dimuatkan termasuklah unit lampu LED, tambahan lampu bantuan LED pada model Transcontinental, skrin TFT 10.25 inci berwarna, sokongan peranti pintar serta bantuan tunggangan yang merangkumi bantuan mula mendaki, kawalan jelajah aktif (ACC), mod tunggangan (Rain, Roll dan Rock), Kawalan Kestabilan Automatik (ASC), serta engine drag torque control (MSR).

Tidak ketinggalan, sistem audio khas Marshall Gold Series yang dilengkapkan untuk kedua-dua varian R 18 Bagger dan Transcontinental.

Harga jualan bermula dari RM186,500.00 untuk varian Bagger, sehingga RM198,500.00 untuk varian Transcontinental, atau serendah RM2,270 menerusi pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh empat tahun.