BMW R 1250 RT dilancarkan - RM139,500 OTR

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW amat sinonim dengan barisan motosikal kembara, touring atau sports touring dan penggunaan enjin bentangan boxer dan kini mereka kembali membawakan model untuk pasaran Malaysia, BMW R 1250 RT. 

Enjin boxer tersebut telah dipertingkatkan sesarannya daripada 1,170 cc kepada 1,254 cc menjadikan lonjakan kuasa kepada 136 kuasa kuda dan daya kilas 143 Nm. 
 


Penambahbaikan pada BMW ShiftCam Technology ini turut memberikan kesan kepada tunggangan yang lancar dan optimum, terutama ketika julat kelajuan enjin yang rendah dan menjanjikan penggunaan bahan bakar yang lebih jimat. 

Sistem suspensi baharu diberikan ciri Penyesuaian Suspensi Elektronik Dinamik generasi baharu membolehkan adaptasi talaan dibuat dengan lebih terperinci, terutama ketika menghadapi pelbagai kondisi tunggangan di Malaysia.
 


Ciri keselamatan turut dilengkapkan seperti Kawalan kestabilan Automatik (ASC), brek anti-kunci ABS, dan Bantuan Mula Mendaki (HSC) bagi memudahkan tunggangan mula di kawasan yang curam. 

Terdapat Riding Modes Pro yang baharu ditawarkan merangkumi mod dinamik seperti Kawalan Cengkaman Dinamik, Bantuan Mula Mendaki Pro dan Bantuan Brek Dinamik. 
 


Untuk para pembeli, terdapat empat pakej aksesori yang ditawarkan untuk BMW R 1250 RT iaitu Pakej Comfort, Pakej Touring, Pakej Dinamic dan Pakej Lights bagi memenuhi keperluan individu yang berbeza. 

Tiga warna menarik ditawarkan, iaitu Mars Red, Carbon Black dan Alpine White dan harganya juga cukup menarik, sekitar RM139,500.00 atau bulanan serendah RM1,700.00 mengikut pelan pembiayaan BMW Motorrad. 

BMW Motorrad memberikan jaminan baharu selama tiga tahun termasuklah bantuan tepi jalan untuk tempoh tiga tahun. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis penyerahan yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT)…
Berita Global
BMW Motorrad misalnya, berjaya merekodkan angka jualan sebanyak 194,261 unit sepanjang tempoh 2021…
Pelancaran Motosikal
BMW R 1250 RT 2021 ini dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder berkapasiti 1,254 cc yang…