Secara visual, tidak banyak perbezaan yang boleh diperhatikan pada model baharu ini berbanding model tahun lalu, melainkan penawaran warna baharu serta penambahan lampu membelok jenis LED.

Sama seperti roadster R, RS ini juga turut dilengkapi dengan ciri seperti Dynamic Traction Control, BMW Motorrad ABS Pro, dan Dynamic Brake Control sebagai kelengkapan standard.
Penambahan ciri untuk RS merangkumi mod tunggangan baharu ECO di mana system ShiftCam mengoptimasikan tahap ekonomi bahan api dengan melaraskan tetapan pendikit dan had daya kilas enjin.

Dari segi kuasa, BMW R 1250 RS menggunakan nadi boxer 1,254 cc ShiftCam dengan hamburan kuasa 136 hp @ 7,250 rpm dan 143 Nm @ 6,250 rpm.
Skrin paparan asal TFT berwarna penuh masih dikekalkan, namun kini menawarkan mod Sport yang akan memaparkan data masa nyata seperti pengaktifan intervensi elektronik dan sudut condong.

Antara aksesori yang ditawarkan pada R 1250 RS termasuklah:
-pemanas hendal dan tempat duduk dengan pelarasan lima tahap
-bar hendal tiub dengan posisi yang lebih tinggi dan lebar
-pelana tunggal
-rim jejari Option 719