BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu tiba di pasaran Malaysia, bermula dari RM114,500

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Motorrad hari ini telah memperkenalkan dua model sport touring baharu mereka, iaitu BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model baharu BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS kini didatangkan dengan ciri kefungsian serba inovatif yang melengkapi sifat dinamik jentera jelajah sport untuk meningkatkan pengalaman menunggang.

2

 

BMW R 1250 R baharu menyambung kejayaan jentera roadster, dimana ia kini dalam bentuk yang lebih diperhalusi, dan dinaik taraf dengan pengalaman jelajah para penunggang.

BMW R 1250 RS baharu pula berpegang kepada legasi “RS”, yang menjadi tanda aras bagi kecemerlangan jentera jelajah sport, dimana ia menjanjikan sebuah pengalaman jelajah yang sporty dan dinamik di aras tertinggi.

 

3

 

Kedua-dua model itu dikuasakan oleh nadi ikoniknya, iaitu enjin boxer dua silinder sejukan udara/cecair bersesaran 1254 cc yang mampu menghasilkan sehingga 134 HP dan 143 Nm.

Meneruskan legasi ikoniknya, enjin boxer itu dilengkapi teknologi BMW ShiftCam yang berkeupayaan untuk membekalkan kuasa dengan lancar merentasi semua julat kelajuan, sambil memelihara corak penggunaan bahan api dan emisi.

4

 

Bagi memberikan tunggangan yang lebih mengujakan, kedua-dua model itu didatangkan standard dengan ciri bantuan elektronik seperti:

  • BMW Integral ABS Pro
  • Kawalan Brek Dinamik (DBC)
  • Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC)
  • Riding Modes Pro (Mod PRO dan ECO)
  • Kawalan brek enjin dinamik (MSR)

BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS turut didatangkan standard dengan skrin paparan TFT berwarna yang lengkap dengan fungsi keterhubungan dan navigasi.

5

 

Ia turut dilengkapi secara standard dengan seunit soket kuasa 12 volt bersepadu dan juga soket USB-A tambahan bersama bekalan kuasa 5 volt, serta fungsi Panggilan Kecemasan Pintar sebagai bantuan semasa kecemasan.

Bagi melengkapkan penawaran menarik bagi dua model tersebut, ia turut ditawarkan dengan pakej Comfort, Touring dan Dynamic secara standard.

6

 

Pakej Comfort merangkumi Tunggangan Tanpa Kunci, peredam khas, kepala ekzos bersadur krom, penggenggam hangat dan kawalan tekanan tayar.

Pakej Touring merangkumi peranti GPS, cruise control, topang utama serta pendakap bekas muatan kiri dan kanan.

7

 

Pakej Dynamic pula meliputi ciri-ciri kefungsian yang membabitkan keselamatan dan prestasi, seperti Dynamic ESA dan Shift Assistant Pro, Grid ruang muatan juga dilengkapi secara standard bagi kedua-dua model.

Untuk pasaran Malaysia, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu ditawarkan dalam varian model Sport dan juga Triple Black, setiap satu hadir dengan pilihan warna yang unik.

 

3

Varian Sport BMW R 1250 R didatangkan dalam warna Racingblue, manakala varian Triple Black hadir dalam warna Blackstorm.

Manakala varian Sport bagi BMW R 1250 RS baharu disediakan dalam warna Lightwhite, Racingblue dan Racingred, sementara varian Triple Black disediakan dalam warna Blackstorm.

 

8

Harga kedua model baharu itu bermula dari RM114,500 untuk BMW R 1250 R, dan RM118,500 untuk BMW R 1250 RS, termasuk Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun, atas jalan tanpa insurans.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Acara pameran istimewa BMW Malaysia tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.  …
Sukan Bermotor
Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24…
Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…