BMW Premium Selection kini tawar kenderaan terpakai guna platform digital

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia baru-baru ini melancarkan platform digital BMW Premium Selection yang menawarkan pelbagai pilihan kenderaan pra-milik dan terpakai bertaraf premium daripada jenama BMW dan MINI.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, "pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Group bukan sahaja terhad kepada pembelian, servis dan penyelenggaraan, akan tetapi ia merupakan sebuah kitaran hayat dan ekosistem di dalam rantaian nilai pemilikan.

"Paling menarik, seluruh proses boleh dijalankan dengan menggunakan hujung jari di rumah anda, sekaligus membuktikan kesungguhan BMW Group dalam mendigitalkan titik sentuh perniagaan mereka di seluruh dunia.

Inisiatif ini menawarkan lebih 300 unit kenderaan yang boleh dilihat dan dibeli menerusi tawaran eksklusif yang menarik untuk tempoh terhad.

Laman mikro khas BMW Group Malaysia ini juga membolehkan pemilik baharu Premium Selection menikmati pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan merangkumi:

  • Waranti BMW Premium Selection* bertempoh minimum 12 bulan
  • Pemeriksaan kenderaan secara teknikal dan optikal yang menyeluruh
  • Penyediaan rekod servis dan kenderaan yang diluluskan
  • Tawaran pembiayaan eksklusif oleh BMW Financial Services Malaysia
  • Tawaran tukar beli (trade-in) yang kompetitif
  • Bantuan Tepi Jalan BMW (BMW Roadside Assistance)

BMW Premium Selection ini boleh dilayari menerusi pautan di bawah:
https://www.bmwpremiumselection.com.my/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Para pemilik model kereta terpakai bertauliah daripada portfolio BMW Premium Selection kini dapat…
Berita Domestik
Seperti yang diketahui, BMW Premium Selection merupakan platform digital yang menawarkan pilihan…