BMW perlihat model Concept XM - 750 hp, 1,000 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada model Concept XM, sebuah SUV plug-in hybrid yang juga merupakan model standalone kedua yang dihasilkan oleh BMW M selepas supercar M1 muncul pada lewat tahun 1970-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut BMW, Concept XM bakal menjadi asas kepada versi produksi yang akan dihasilkan menjelang akhir tahun 2022.

Ya, seperti teaser yang diperlihatkan sebelum ini, BMW Concept XM sememangnya membawakan rekaan gril buah pinggang mega dengan jeriji melintang - antara rekaan terbesar yang pernah dihasilkan oleh BMW.
 

XM


Rekaan gril itu dikelilingi oleh jalur beriluminasi, dan diikuti dengan lampu utama LED yang sangat nipis itu.

Bahagian sisi SUV ini banyak menampilkan garis-garis yang tajam, sementara ruang arka roda pula dihiasi dengan rim bersaiz 23 inci - juga yang paling besar pernah dibuat oleh BMW.
 

XM


Sementara unit lampu belakang pula menampilkan rekaan grafik yang agresif sehingga ke bahagian fender, dan tingkap kaca belakang pula menampilkan rekaan yang agak bersegi dan tidak konvensional.

Tidak seperti rekaan luar yang 'sukar' untuk diterima akal, rekaan ruang kabin pula lebih menarik perhatian dengan gandingan warna kulit perang, kuprum dan aksen gentian karbon berupaya mencipta satu ruang yang menyenangkan.
 

XM


Sama seperti model BMW masa kini, BMW Concept XM turut datang dengan rekaan skrin melengkung, serta sistem operasi iDrive 8 yang terkini.

Ruang belakang pula sengaja direka seakan sebuah ruang rehat yang sesuai diduduki oleh dua orang, dengan kemasan jahitan ala berlian pada bahan velvet bangku belakang sementara alas bumbung (headliner) pula menampilkan struktur prisma tiga dimensi yang unik.

Dari segi kuasa, BMW Concept XM membawakan nadi plug-in hybrid V8 yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 750 kuasa kuda dan 1,000 Nm, sementara pek bateri pula membenarkan jarak pemanduan sifar emisi sejauh 80 km.
 

XM


Tiada sebarang perincian berhubung sesaran enjin, kapasiti bateri, serta prestasi atas jalan lurus didedahkan buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
VF Wild merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan dengan ukuran panjang 5,324 mm dan lebar 1,997…
Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…