BMW perkenal skim pembiayaan fleksibel Easy Drive

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW Group Financial Services Malaysia memperkenalkan solusi pembiayaan fleksibel Easy Drive dalam usaha menjadikan 'Sheer Driving Pleasure' lebih mudah untuk diakses. 

Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, "kami di BMW sentiasa berusaha untuk mengenal pasti trend-trend baharu pemilikan kenderaan seawal yang mungkin dan menterjemahkannya kepada sesuatu yang lebih praktikal."

"Sementara trend umum pada hari ini menyaksikan pemilikan kenderaan yang lebih bersifat jangka panjang, kita tidak dapat menafikan perkembangan yang dilihat dalam populasi pengguna yang ingin menukar kereta masing-masing setiap tiga hingga empat tahun," ujar beliau lagi.

 


Dengan Easy Drive, pengguna diberikan kebebasan untuk merangka tempoh pembiayaan mereka seperti berikut:

  • bayaran pendahuluan daripada serendah 10% sehingga 30%
  • tempoh pinjaman berdurasi tiga atau empat tahun
  • jarak perbatuan 20,000 km - 25,000 km setiap tahun

Daripada situ, ansuran bulanan akan dikira dan Nilai Masa Hadapan yang Terjamin (Guaranteed Future Value) bagi kenderaan tersebut akan dipersetujui dan disahkan bagi melindungi pengguna daripada elemen susut nilai yang tidak dijangka. 
 


Pada akhir tempoh pinjaman, pengguna akan diberikan pilihan sama ada:

  • Menaiktaraf kenderaan kepada model BMW/MINI pilihan mereka
  • Melangsaikan bayaran terakhir dan memiliki kenderaan tersebut
  • Melanjutkan terma kontrak untuk menikmati tempoh yang lebih lama
  • Memulangkan kenderaan tersebut, dan tidak perlu risau akan proses penjualan semula

 

Easy Drive Prime


Menerusi tambahan sebanyak RM110 kepada ansuran bulanan yang asal, pelanggan boleh menikmati nilai tambah yang bermanfaat kepada pemandu dan kenderaan masing-masing. 

Manfaat tersebut terdiri daripada:

  • khidmat penjagaan luaran dan dalaman kenderaan
  • pakej Ultimate Protection Programme Elite oleh Allianz General Insurans Company selama tiga tahun
  • pakej Mobiliti Premium  yang merangkumi peranti Smart Tag serta kad Touch 'n Go 
  • aksesori BMW Lifestyle Collection


Selain daripada itu, pelanggan BMW dan MINI sedia ada juga menerima pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh, terdiri daripada

  • Bantuan Tepi Jalan BMW
  • Hotline Kemalangan
  • Servis Dalam Talian BMW
  • aplikasi BMW Group Loyalty+


Aplikasi BMW Group Loyalty+ ini memberikan akses kepada pengguna untuk melihat rumusan kepada kontrak pembelian mereka, selain boleh membuat permohonan pembayaran debit automatik, sebut harga bagi pembatalan tahap awal serta opsyen bagi pengakhiran terma. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan di bawah:

BMW Financial Services

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…