BMW Perkenal M2 CS Baharu: 523hp, 3.7 Saat ke 100km/j

oleh Qalif Latif|
Selepas hanya memperlihatkan model M2 CS 2026 minggu lalu tanpa mendedahkan butiran lanjut, BMW kini akhirnya mengumumkan segala perincian penting tentang versi paling ‘panas’ untuk model M2 ini. Ceritanya? Lebih kuasa, lebih ringan, dua roda pacuan, dan harga hampir mencecah AS$100,000 (~RM470,000.00).

M2
Formula tipikal untuk model CS adalah meningkatkan boost turbo, mengurangkan berat, dan mengeraskan casis. Untuk M2 CS, enjin 3.0-liter straight-six twin-turbo telah ditala untuk menghasilkan 523 kuasa kuda dan 479 lb-ft tork 50 hp lebih tinggi berbanding model M2 transmisi automatik standard dan tambahan 36 lb-ft tork.

m2

Seperti model CS lain, transmisi automatik 8-kelajuan menjadi standard. Malangnya tiada pilihan manual. Namun berbeza dengan model M3, M4 dan M5 CS, model ini hanya menggunakan sistem pacuan belakang sepenuhnya.

m2

BMW mendakwa pengurangan berat sebanyak 97 paun (44 kg) berbanding M2 automatik biasa, hasil penggunaan panel badan gentian karbon termasuk penutup but ducktail rim forged standard, dan tempat duduk bucket gentian karbon sebagai standard.

m2

M2 CS mempunyai berat keseluruhan 3,770 paun (1,710 kg), yang lebih ringan daripada model manual biasa (3,814 paun). Walaupun masih tidak boleh dianggap ringan, BMW M terkenal dengan keupayaannya membuat kereta terasa jauh lebih ringan daripada berat sebenar, dan ini merupakan kereta M paling ringan setakat ini. Malah, ia boleh menjadi lebih ringan lagi jika dilengkapi dengan brek seramik karbon pilihan yang berharga AS$8,500.

m2

Bagi menyesuaikan kuasa tambahan dan berat yang dikurangkan, bahagian kejuruteraan M BMW turut mengubah kekerasan spring, talaan damper adaptif, diferensial pengunci elektronik, sistem ABS, serta kawalan traksi dan kestabilan. Ini semua penting bila semua kuasa dan tork tersebut hanya disalurkan ke roda belakang.

m2

BMW menyatakan bahawa M2 CS mampu memecut dari 0 hingga 60 mph (0-96 km/j) dalam masa 3.7 saat, dan mencatatkan kelajuan maksimum 188 mph (303 km/j). Nombor yang besar, sama seperti harganya AS$99,775 (~RM469,000). Walaupun harga rasmi untuk M2 2026 belum diumumkan, model M2 2025 bermula dari AS$69,375, jadi versi CS ini adalah penambahan sekitar AS$30,000. Sebaliknya, ia juga kira-kira AS$25,000 lebih murah daripada M4 CS 2025 yang berharga AS$124,675.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Profil Badan Lebih Rendah dan Agresif Daripada sudut sisi, BMW iX4 kelihatan lebih rendah dan…
Berita Global
  Tiga Aplikasi Utama Dalam Kenderaan M Cockpit   Aplikasi ini berfungsi sebagai pusat data…
Berita Global
Dirk Häcker   Dalam lebih sepuluh tahun ini, BMW M terus menambah model baharu, peningkatan…