BMW perincikan rahsia di sebalik transmisi manual BMW M3, M4 generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Penulis yakin, masih terdapat di antara para pembaca Careta (termasuk penulis sendiri) yang masih lagi kurang senang dengan rupa hadapan jentera BMW M3 dan BMW M4 Coupe yang agak 'agresif' itu.

Namun, antara hakikat yang perlu diterima adalah BMW sebenarnya masih lagi sudi menawarkan transmisi manual untuk kedua-dua jentera tersebut, tidak seperti seterunya Mercedes-Benz dan Audi.

Dalam satu video berdurasi tiga minit lapan saat yang dimuatnaik ke dalam saluran YouTube, individu yang bertanggungjawab terhadap pembangunan transmisi jentera M3 dan M4 telah mendedahkan sedikit sebanyak 'rahsia' di sebalik kotak gear konvensional itu.

 


Menurut Karsten, kotak gear tersebut merupakan antara transmisi yang terbaik pernah dihasilkan oleh BMW, dan untuk jentera M3 dan M4, terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan.

Seperti contoh, fungsi rev-matching (boleh digunakan atau dimatikan) kini terdapat pada jentera M3 dan M4 terima kasih kepada kehadiran penderia gear, serta perasaan penukaran gear yang lebih jitu disebabkan struktur rod penukaran yang diperkukuh pemasangannya kepada terowong transmisi dan badan.

Selain daripada itu, transmisi manual BMW ini menggunakan sistem cakera klac berkembar dengan empat lapisan cakera geseran yang mampu menyalurkan kuasa dengan efisien, dan membenarkan 'clutch slippage' dengan lebih lama untuk pecutan yang lebih optimum.

 


Sebagai makluman, BMW menawarkan transmisi manual ini khusus untuk 'varian asas' BMW M3, dan M4 yang hadir dengan enjin 3.0 liter enam silinder sebaris turbo berkembar yang menghasilkan 473 kuasa kuda dan 550 Nm daya kilas.

Sementara varian M3 Competition dan M4 Competition dengan angka output 503 kuasa kuda itu (sama dengan versi yang masuk ke pasaran Malaysia) hanya dijual dengan padanan transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah sekian lama menanti, BMW kini mempunyai sebuah model yang mampu menjadi pesaing rapat…
Berita Global
Syarikat penala Vorsteiner nampaknya telah berjaya memikirkan satu penyelesaian bagi masalah rupa…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Sahabudin Abd Manan,…