BMW pegang takhta jenama kenderaan premium US 2019

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya BMW berjaya untuk menjadi kenderaan premium nombor satu di US untuk tahun 2019 dengan 342,826 unit terjual di negara Uncle Sam itu.

Angka itu adalah 4.4 peratus lebih tinggi dari jualan tahun 2018. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut BMW US, peningkatan jualan adalah disebabkan sambutan yang baik kepada SUV 3-serangkai terbaharunya; X3, X5 dan X7 (gambar utama).

Sedan 3-Series yang baharu juga adalah yang paling popular di dalam segmen sedan mewah di sana.

Namun begitu, angka besar melihat produk-produk kereta (sedan dan hatchback) menurun 14.4 peratus berbanding dengan produk SUV yang meningkat 35.5 peratus.

Mercedes-Benz sebenarnya tidak begitu jauh ketinggalan.

Di US, jenama milik Daimler itu sudah menjual sebanyak 316,094 unit untuk tahun 2019 (termasuk kenderaan komersil seperti Sprinter dan Metris).

Berbanding tahun 2018, jualan Mercedes-Benz sebenarnya lebih kurang sama sahaja (ia menjual 135 unit lebih untuk 2019).

Penjualan kereta oleh Mercedes-Benz turut melihat penurunan. Contohnya CLA (-45.0 peratus), C-Class (-18.6 peratus), E- / CLS-Class (-13.6 peratus), S-Class (-16.4 peratus), SLC (-7.7 peratus) dan SL (-20.5 peratus).

 

 

Cuma A-Class dan AMG GT 4-Door (gambar atas) sahaja yang melihat sedikit pertumbuhan jualan.

Kesemua jualan model SUV Mercedes-Benz meningkat, kecuali model GLA yang menurun sebanyak 8.3 peratus. Paling menarik ialah jualan G-Class yang naik 85.1 peratus.

Lexus berada di tempat ketiga dengan 298,114 unit terjual dalam tahun 2019. Ia sebenarnyanya ialah penurunan sebanyak 0.1 peratus dan ini mungkin disebabkan oleh sedan-sedan yang tidak begitu laku: IS (-34.9 peratus), GS (-48.8 peratus) and LS (-40.6 peratus).

 

lexus ES

 

Model ES (gambar atas) bagaimanapun meningkat 5.9 peratus dan RC juga naik 36.7 peratus.

Model-model SUV untuk Lexus menurun kecuali model UX yang dijual sebanyak 16,725 unit untuk tahun 2019.

Audi berada di tangga keempat dengan 224,111 unit dijual dalam tahun 2019 dan Cadillac di tangga kelima pada 156,246 unit.

Lincoln berada di tangga keenam pada 112,204 unit dan Acura di tangga ketujuh dengan 157,385 unit.

Infiniti berada di paras tercorot dengan 117,708 unit - penurunan 21.1 peratus berbanding 2018.

Di bawah ialah senarai penuh:

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…
Model Terbaharu
Dikategorikan dalam segmen SUV mewah saiz pertengahan, Jaecoo J8 membawakan ukuran dimensi…
Model Terbaharu
Ia kini bukanlah satu barangan harga kayangan dengan harga yang mampu dengar seperti dulu kala,…