BMW pecah rekod dunia yang aneh - drift sambil memotong tikar buluh dalam masa 60 saat

oleh Mohamad Hanif|
Sebut sahaja apa rekod yang tidak terfikir dek akal, akan ada manusia yang berfikiran terlebih waras yang cuba mencabar untuk memecahkan rekod yang tidak wujud itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jikalau sebelum ini BMW berjaya memecahkan rekod dunia menggelongsor paling lama sambil mengisi bahan api, kali ini mereka menggunakan konsep yang serupa, namun menggunakan tikar buluh. 
 


Jentera M2 Competition digunakan di dalam cabaran ini, yang mana ia perlu memotong sebanyak 117 tikar buluh yang biasanya digulung oleh makcik-makcik bawang disusun di dalam satu garisan membentuk selekoh drift menggunakan sebuah pedang. 

Pedang tersebut diikat kemas pada bahagian belakang M2 Competition, supaya ia tidak terbang dengan sendiri ketika cubaan memotong tikar buluh berkenaan dilakukan. 

Menurut pegawai aksi lagak ngeri, Marc Higgins berkata ia agak mustahil untuk memandu dan menggelongsor sambil memotong kesemua tikar buluh tersebut di dalam masa hanya 60 saat sahaja, namun dengan ketelitian dan karakter M2 yang tangkas, rekod tersebut berjaya dilaksanakan. 

Pada Careta, rekod sebegini boleh dilakukan kembali pada hari raya tahun hadapan dengan cubaan untuk memotong seberapa banyak pokok buluh yang boleh sebelum dibawa pulang untuk memasak lemang. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…