Pemilik motosikal BMW R1200 GS dan R1200 GS Adventure perlu menghubungi wakil penjual BMW Motorrad mereka kerana syarikat Jerman itu telah melakukan satu panggil semula global.
Buletin servis untuk seluruh dunia itu melibatkan motosikal-motosikal kedua-dua model di atas yang dikilangkan antara November 2013 sehingga Jun 2017.
Menurut buletin servis itu, ia akan memeriksa batang fork hadapan yang dikatakan boleh rosak sekiranya ia sering digunakan secara lasak (menunggang mengatasi halangan, jalanraya berlubang dan sebagainanya).
Jika tidak ditukar, ia akan rosak terus dan ini boleh membahayakan penunggang yang tidak tahu fork mereka sudah rosak.
Kerosakan yang dikesan ialah dengan wujudnya “gap” atau pembukaan antara batang fork dengan penutup getah (seal) sebelah atas fork. Roda hadapan juga mungkin akan mengalami kerosakan.
Lebih dari 150,000 unit motosikal R1200 GS dan GSA dengan enjin sejukan cecair ini bakal terlibat di dalam proses panggil semula ini.
Untuk yang membeli model recond atau import terpakai, sila hubungi penjual AP anda sendiri kerana mereka sepatutnya bertanggung-jawab di atas kenderaan yang dijual oleh mereka.
