BMW panggil kembali Supra akibat masalah brek

oleh Mohamad Hanif|
Satu lagi kempen panggil semula dibuat untuk model Toyota Supra.

Menurut laporan daripada NHTSA, terdapat sesetengah model BMW (termasuk Toyota Supra) dilaporkan mengalami kecenderungan kehilangan bantuan brek akibat perisian pengurusan enjin yang bermasalah.

Sebanyak 50,024 unit kenderaan terjejas akibat masalah brek itu tadi, termasuklah 13,014 unit Supra, BMW M340i dan M340i xDrive (10,877 unit), X4 M40i (4,130 unit), 745Le xDrive (470 unit), X3 M40i (14,006 unit), dan Z4 M40i (2,151 unit) yang diproduksikan dari tahun 2019 hingga 2021.

Menurut dokumen itu lagi, masalah tersebut berpunca daripada perisian pengurusan enjin yang mampu menyebabkan pam minyak/vakum yang menyalurkan vakum kepada bantuan brek rosak ketika situasi enjin dihidupkan, seperti contoh butang pandu/mula yang ditekan dua kali secara pantas, atau menekan brek dengan ringan ketika menekan butang pandu/mula.

Kerosakan ini mengakibatkan kehilangan fungsi bantuan brek walaupun sistem brek mekanikal masih lagi kekal beroperasi.

Ini merupakan kali ketujuh Toyota Supra dipanggil semenjak pelancaran rasmi coupe itu pada tahun 2019.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Toyota Supra bersaiz sebenar itu sebelum ini dipasang sebagai papan iklan dan menjadi mercu tanda…
Berita Global
Dalam kenyataan ringkas (diterjemahkan dari siaran Toyota Jepun), syarikat itu menyebut: “…
Berita Global
Dari Celica XX ke Supra Turbo Pada usia 30 tahun, sebelum beliau menceburi dunia politik secara…