BMW Motorrad US panggil semula beberapa model GS dan beberapa model lain

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW Motorrad di Amerika Syarikat telah melakukan kempen panggil semula untuk beberapa model GS dan bukan GS di sana akibat masalah pada lampu brek.

Menurut laporan, motosikal-motosikal BMW untuk pasaran US itu didatangkan dengan fungsi lampu brek kecemasan. Masalah timbul apabila ada unit yang mempunyai lampu brek kecemasan yang berkelip-kelip dan itu tidak dibenarkan oleh homologasi kenderaan di US.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Pihak BMW Motorrad telah mengenalpasti model-model terbabit dan akan memanggil semula unit-unti tersebut untuk diubah program perisiannya.

Sebanyak 906 unit GS terbabit di dalam kempen ini, melibatkan model-model R1250 GS, R1250 GS Adventure, F850 GS, F950 GS Adventure dan F750 GS.

Sebanyak 3,120 unit lagi adalah dari model-model bukan GS seperti F900R, F900XR, R1250R, R1250RS, RnineT, RnineT Pure, RnineT Scrambler, S1000R, S1000RR dan K1600B.

Jumlah keseluruhan ialah 4,026 unit.

BMW Motorrad Malaysia mengesahkan tidak ada sebarang unit yang dijual di Malaysia mempunyai masalah itu kerana fungsi itu tidak ada untuk model-model bagi pasaran negara rantau ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berpunca daripada informasi dan maklumat tidak tepat yang didapati pada buku manual (siapa baca…
Berita Global
Ia menjadi masalah terbaharu perlu dihadapi syarikat gergasi kenderaan elektrik yang diketuai oleh…
Berita Global
Kempen panggil semula ini dilakukan melibatkan isu perisian yang menentukan bila lampu brek pada…