BMW Motorrad sambut ulang tahun yang ke-40 model GS

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2020 menandakan model motosikal kembara BMW GS sudah pun memasuki angka ulang tahun yang ke-40, dan bersempena dengan pencapaian tersebut, BMW Motorrad telah pun memperlihatkan secara rasmi model-model "40 Years of GS Edition".
Modenas

Model-model yang dimaksudkan adalah BMW F 750 GS, F 850 GS dan F 850 GS Adventure di mana ketiga-tiga motosikal ini diberikan layangan skema warna khas kuning dan hitam yang diinspirasikan daripada model tahun 80-an R 100 GS.

 

 


Penggunaan warna tersebut boleh dilihat pada pelindung tangan, pelana, serta liveri grafik unik pada bahagian reraup motosikal, fork hadapan yang diwarnakan hitam, manakala rim pula dilayangkan warna hitam untuk model F 750 GS dan emas untuk model F 850 GS dan F 850 GS Adventure).

BMW Motorrad juga turut mengumumkan penambahan ciri baharu di mana model F 750 GS dan F 850 GS didatangkan dengan lampu isyarat membelok LED, slot USB, ABS Pro dan juga ciri Dynamic Traction Control (DTC).
 


Sementara dua model F 850 GS dan Adventure pula hadir dengan sistem paparan TFT yang membawakan sambungan Convenient sebagai ciri standard.

Antara opsyen yang ditawarkan termasuklah tambahan mod tunggangan, pemegang peranti GPS, dan pilihan untuk tempat duduk serta tetapan suspensi yang lebih rendah.

Setakat ini, harga jualan untuk ketiga-tiga model F 750 GS, F 850 GS dan F 850 GS Adventure 2021 masih lagi belum didedahkan.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, usah risau kerana BMW Motorrad dengan bangganya memperkenalkan produk baharu yang tidak…
Berita Global
Arahan henti penjualan juga dilakukan untuk model-model baharu kerana masalah ini. Menurut laporan…
Berita Domestik
Berdasarkan gambar, kesemua unit telah dilengkapi dengan kelengkapan standard motosikal pengiring…