Model konsep F 450 GS bakal diposisikan dalam barisan BMW Motorrad diantara model silinder tunggal G 310 GS dan model dua silinder F900 GS dan ia dikatakan menuju fasa terakhir sebelum pengeluaran.
Jika dilihat dari segi pengayaan, F 450 GS, ia seperti mengambil perincian dari model adventure baharu yang dilancarkan beberapa bulan lalu iaitu BMW R 1300 GS yang tampil dengan enjin serba baharu.
BMW mendakwa bahawa motor baharu itu menggunakan "offset pencucuhan khas, yang tidak pernah digunakan sebelum ini,"
Enjin baharu yang digunakan F 450 GS adalah enjin dua silinder dengan kuasa output sehingga 48hp, yang dibangunkan sesuai untuk kelas lesen A2 Eropah.
BMW juga mengatakan bahawa motosikal itu akan mempunyai berat hampir 175 kg, sekali lagi, ia adalah untuk memastikan nisbah kuasa kepada berat mematuhi lesen A2.
Model konsep F 450 GS menggunakan unit suspension yang diboleh laras sepenuhnya pada bahagian hadapan yang menampilkan fork jenis upside-down (USD), manakala bahagian belakang menampilkan rear-shock yang boleh dilaraskan untuk load-dependent damping.
Model konsep F 450 GS menampilkan tayar 19F/17R kelihatan seperti tayar tanpa tiub cross spoke BMW, dan sementara penunggang off-road tegar akan mendapat tayar hadapan bersaiz 21 inci
Ciri-ciri yang akan ditemui pada model konsep F 450 GS adalah BMW Motorrad ABS Pro yang bertindak pada brek prestasi, dan mod tunggangan yang boleh dikonfigurasikan secara bebas.
Turut disertakan juga adalah ciri sokongan BMW Connectivity dengan skrin TFT-LCD 6.5-inci dan sambungan ke telefon pintar penunggang.
Buat masa ini Konsep F 450 GS kekal sebuah konsep, tetapi BMW Motorrad berkata kenderaan siri sepadan dalam gaya Konsep F 450 GS akan dipersembahkan pada tahun 2025.
Persoalannya terbesar ialah berapa banyak spesifikasi BMW Concept F 450 GS akan kekal apabila ia mula dikeluarkan.
Di Malaysia, G 310 GS dijual dengan tanda harga dari RM31,500 manakala F 900 GS dijual pada harga dari RM88,500.