BMW Motorrad Perkenalkan BMW S1000RR, BMW R1200GS, BMW K1600 Bagger dan BMW R nineT Urban GS

oleh DIANA ISMADI|

BMW Motorrad Malaysia kini telah memperkenalkan empat motosikal premium pada acara BMW Motorrad Nightfuel di Pulau Pinang pada Sabtu lepas.

 

Model-model tersebut adalah BMW S1000RR, BMW R1200GS, BMW K1600 Bagger dan BMW R nineT Urban GS baharu.

 

BMW S 1000 RR- RM 106,900.00 (tanpa insurans dan termasuk GST)

S1000 RR

 

Enjin empat silinder sebaris 999cc telah ditala untuk memenuhi keperluan piawaian emisi EU4. Kuasa puncaknya 146 kW (199 hp) pada 13,500rpm dan tork maksimum 113Nm boleh dicapai pada 10,500rpm.

 

Mode tunggangan “Rain”, “Sport”, “Race” serta Race ABS dan Dynamic Traction Control sebagai ciri standard.

 

Penambahan baharu ke atas ciri standard termasuk Dynamic Traction Control (DTC) dengan alat pengesan kecondongan serta ubah suai +/- tujuh peringkat untuk prestasi dan keselamatan terbaik ketika memecut.

 

BMW R 1200 GS- RM 105,900.00 (tanpa insurans dan termasuk GST)

R1200 GS

Jentera ini kini hadir dengan lebih versatil, prestasi dinamik serta mempunyai keupayaan di laluan off-road. Untuk pasaran Malaysia dan mahu memenuhi permintaan terhadap jentera “urban adventure”, jentera Rallye ini telah diubah suai dengan tayar laluan biasa serta tempat duduk standard yang selesa bagi memastikan kegunaan harian yang lebih mudah.

 

Enjin boxer dengan pengubah bermangkin baharu dan status data itu selari dengan piawaian EU4.

R1200 GS

 

Dikuasakan oleh enjin boxer penyejukan udara/cecair dengan output 92 kW (125hp) pada 7,750rpm dan tork maksimum 125Nm pada 6,500rpm R 1200 GS kini memiliki pengubah bermangkin yang telah diubah suai serta satu status data baharu untuk pengurusan enjin demi memenuhi piawaian terkini EU4.

 

BMW K 1600 B- RM 159,900.00 (tanpa insurans dan termasuk GST)

K1600B

 

BMW K 1600 B baharu yang dijana oleh enjin enam silinder berkuasa 118kW (160hp).

 

Bersandarkan kepada teknologi yang digunakan dalam enjin enam silinder model tourer BMW K 1600 GT, BMW K 1600 B baharu tampil dengan reka bentuk linear bersama bahagian belakang yang direka semula sepenuhnya.

K1600B

Ciri bantuan mengundur yang baharu ditawarkan untuk memberi lebih keselesaan. Manakala ciri Shift Assistant Pro membolehkan penukaran gear dibuat tanpa perlu menggunakan klac serta turut dilengkapi dengan ciri bantuan mengundur.

 

Tampil dengan warna hitam (Blackstorm metallic / warna hitam pada chasis dan rangkaian kuasa) BMW K 1600 B menyerlahkan lagi motosikal bagger custom eksklusif yang sememangnya popular di USA.

 

BMW R nineT Urban G/S- RM87,900.00 (tanpa insurans dan termasuk GST)

 BMW R nineT Urban G/S

R nineT Urban G/S baharu sedikit berbeza dari segi rekaan tetapi ia memiliki karekter klasik yang sama. Ia kini telah memasuki era moden dengan teknologi kontemporari dalam bentuk motosikal klasik gaya enduro BMW dengan enjin boxer.

 

BMW R nineT Urban G/S dijana oleh enjin boxer dengan system penyejukan udara/minyak berkapasiti 1,170cc yang berupaya menghasilkan kuasa 81kW (110hp) dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

 BMW R nineT Urban G/S

 

Model ini direka untuk memenuhi piawaian emisi EU4. Sistem ekzos besi tahan karat dengan paip di sebelah kiri menyerlahkan gayaan klasik.

 

Seperti sebelumnya, angkup brek monoblok empat omboh yang dipasang secara radial bersama brek cakera memastikan prestasi brek yang mantap.

 

BMW R nineT Urban G/S dibekalkan dengan rim aloi tuang yang ringan. Rim hadapan bersaiz 19 bersama tayar 120/70 ZR 19 selari dengan gayaan sebuah motosikal klasik. Ia nyata sepadan dengan rim belakang bersaiz 17 inci bersama tayar 170/60 ZR 17. Model BMW boxer ini boleh ditempah dengan tayar off-road yang menyerlahkan lagi gaya klasiknya (kemasan standard: tayar jalan biasa) bersama rim lidi.

 

Dengan angkup brek empat omboh, garis brek disalut besi, cakera brek berdiameter 320 milimeter, sistem brek ABS berprestasi tinggi memastikan brek yang stabil dan efektif. Bagi mengelakkan roda belakang daripada tergelincir di atas jalan yang licin, ada pilihan ciri ASC (Automatic Stability Control) daripada ex works.

 BMW R nineT Urban G/S

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak 440 unit motosikal terjejas akibat masalah ini terdiri daripada model-model seperti R NINE…
Berita Domestik
BMW S1000RR didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris bersesaran 999 cc menghasikan 207 kuasa…
Berita Global
Pihak BMW Motorrad telah mengenalpasti model-model terbabit dan akan memanggil semula unit-unti…