BMW Motorrad perkenal rantai M Endurance - tahan lama tanpa pelincir!

oleh Mohamad Hanif|
Rantai motosikal dan pelincir biasanya sukar untuk dipisahkan, dan proses penyelenggaraan rantai ini biasanya meninggalkan kesan kotoran yang amat leceh untuk dibersihkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, usah risau kerana BMW Motorrad dengan bangganya memperkenalkan produk baharu yang tidak memerlukan sebarang penjagaan rapi - rantai M Endurance.

 

 


Produk rantai baharu M Endurance ini mempunyai ciri salutan bahan yang digelar sebagai tetrahedrally amorphous carbon (ta-C) - dikenali sebagai berlian industri - yang terdapat pada bahagian roller dan pin.

Penggunaan bahan ta-C ini mampu mengurangkan kesan geseran ke atas rantai, sekaligus menjadikan jangka hayat rantai yang lebih lama.

 


Para pemilik juga tidak lagi perlu berhadapan dengan keadaan minyak pelincir yang merecik seperti sebelum ini, dan menjadikan roda belakang motosikal yang lebih bersih tanpa sebarang kesan minyak.

Buat masa ini, rantai M Endurance ini hanya ditawarkan pada model S1000RR dan S1000XR sahaja, manakala penawarannya untuk model motosikal lain bakal menyusul menjelang program kemaskini model tahun 2021 kelak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…