BMW Motorrad Nightfuel di Puteri Harbour Front, JB 6 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Acara gaya hidup BMW Motorrad Malaysia yang ulung kini kembali untuk menyatukan penggemar-penggemar motosikal premium dari seluruh negara dengan makanan dan muzik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Acara ini yang akan berlangsung di medan parkir kereta Puteri Harbour Front merupakan edisi kelima BMW Motorrad Nightfuel dan akan menampilkan aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang program tersebut untuk dinikmati oleh para penggemar motosikal dan peminat BMW Motorrad. 

Dengan sesi ‘Win with BMW Motorrad’ yang akan diadakan, para hadirin juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah yang istimewa.


Tambahan lagi, pengunjung bakal menyaksikan BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan model motosikal terbaharunya sewaktu acara tersebut.

Pengunjung perlu mendapatkan tiket untuk menghadiri acara BMW Motorrad Nightfuel ini yang akan berlangsung di Johor. Pendaftaran awal dalam talian akan dibuka bermula hari ini sehingga 30 September 2018.

Setiap pendaftaran akan melayakkan anda menerima kemeja-T eksklusif dan peluang untuk memenangi pelan pinjaman bertempoh dua minggu bagi model BMW Motorrad yang terpilih. 

Bagi mereka yang tidak sempat berbuat demikian, pendaftaran terbuka (walk-in) juga disediakan sewaktu acara tersebut.
 


Butiran mengenai acara ini:


Tarikh: 6 Oktober 2018, Sabtu
Masa:  7:00 malam sehingga 11:00 malam
Lokasi: Puteri Harbour Front (Medan Parkir Kereta)
            Persiaran Puteri Selatan, Kota Iskandar,
            79100 Nusajaya, Johor.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW Motorrad Nightfuel atau atas urusan pembelian tiket penyertaan, sila layari laman web BMW Motorrad Malaysia DI SINI

Jika anda ingin menyertai konvoi yang bakal dianjurkan, sila hubungi wakil pengedar BMW Motorrad yang bertauliah berhampiran anda.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Acara pameran istimewa BMW Malaysia tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.  …
Sukan Bermotor
Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24…
Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…