BMW Motorrad Malaysia sedia pakej servis dan waranti lanjutan

oleh HEZERI SAMSURI|
Selepas popular dengan pakej-pakej servis dan lanjutan waranti untuk kenderaan 4-roda mereka, BMW meneruskan tawaran itu untuk motosikal mereka pula.

BMW Motorrad Malaysia kini menawarkan tiga program khusus untuk pemilik-pemilik motosikal mereka - Program Inklusif Pelincir Enjin, Inklusif Servis dan Waranti Lanjutan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Owen Riley, Ketua untuk BMW Motorrad Malaysia, program baharu ini adalah yang pertama dalam industri motosikal premium di Malaysia dan ia ditawarkan di semua pengedar BMW Motorrad bertauliah.

 

Inklusif Minyak Enjin BMW Motorrad

BMW Motorrad Malaysia sedang menawarkan dua pilihan program yang meliputi tempoh tiga tahun (atau 30,000 km) atau lima tahun (atau 50,000 km) bagi program ini. 

Program tersebut menawarkan servis minyak enjin yang lazim, ia merangkumi penggantian pelincir asli BMW ADVANTEC serta penapis untuk motosikal BMW baharu dan yang berusia bawah 10 tahun sejak pendaftaran pertama dibuat.

Rekod penyenggaraan terdahulu bagi motosikal ini juga harus mematuhi interval servis yang disyorkan dan dibuat di pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah. 

 

 

Inklusif Servis BMW Motorrad

Program ini menawarkan servis tambahan yang menjangkaui program Inklusif Minyak Enjin BMW Motorrad. 

Dengan Inklusif Servis, perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi Pemeriksaan Injap, Pemeriksaan Pelincir Fork, Penukaran Pelincir Transmisi, Penggantian Palam Pencucuh, Penukaran Bendalir Brek, Penukaran Penapis Udara, Penggantian Tali Sawat CVT, Penukaran Penapis Bahan Api dan Penukaran Minyak Gandar Belakang. 

Tawaran program ini juga meliputi tempoh tiga tahun (atau 30,000KM) atau lima tahun (atau 50,000KM), dan ia tersedia untuk motosikal BMW berusia bawah 10 tahun dari tarikh pendaftaran pertamanya. 

Rekod penyenggaraan terdahulu bagi motosikal ini juga harus mematuhi interval servis yang disyorkan dan dibuat di pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah.

 

 

Waranti Lanjutan BMW Motorrad 

Program Waranti Lanjutan BMW Motorrad menawarkan liputan tambahan ke atas tempoh waranti asal yang diberikan oleh pengeluar kenderaan, ia merangkumi kerja pembaikan menggunakan komponen asli BMW. 

Program "add-on" ini boleh dibeli sebagai pakej tambahan bertempoh satu atau dua tahun menjangkaui tempoh waranti asal, yang ditingkatkan kepada tempoh standard berdurasi tiga tahun bagi motosikal BMW yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019.

Program ini ditawarkan untuk motosikal baharu dan yang berdaftar melebihi 90 hari dari tarikh pendaftaran pertamanya, namun ia tidak merangkumi khidmat BMW Motorrad bagi program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

 

 

Program Servis dan Waranti Lanjutan ini layak untuk dimasukan dalam pembiayaan penuh dari BMW Group Financial Services Malaysia.

Harga untuk Program Servis dan Waranti Lanjutan ini ada disenaraikan di dalam pautan di bawah.

https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html#/section-service-packages-pricing

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…