BMW Motorrad Malaysia lancarkan BMW K 1600 B 2023, dari RM173,500

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Motorrad Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan motosikal berkuasa tinggi baharu mereka, iaitu BWM K 1600 B yang bakal memberikan saingan dalam segmen motosikal touring.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Harga BMW K 1600 B bermula dari RM173,500.00 bersama Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia tanpa insuran.

Pihak BMW juga turut menawarkan pelan pembiayaan di mana pemilik boleh mendapatkan BMW K 1600 B bermula dari RM2,108 setiap bulan (berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh 4 tahun).

 

2

 

Antara spesifikasi dan ciri-ciri pada BMW K 1600 B baharu adalah seperti berikut:

  • Dikuasakan enjin 1.6 liter sebaris enam silinder empat lejang yang disejukkan dengan minyak/air menghasilkan kuasa sehingga 160 HP dan 180 Nm
  • Lampu hadapan LED yang menampilkan Ikon Cahaya serta Lampu Membelok Adaptif, lengkap dengan Lampu Sampingan LED dan juga Pencahaya Aras Lantai.
  • Sistem suspensi Motorrad Duolever pada bahagian depan dan BMW Motorrad Paralever pada bahagian belakang
  • Skrin paparan TFT bersaiz 10.25 inci dilengkapi fungsi navigasi dan sambungan telefon pintar
  • Tiga mod tunggangan: Rain, Road dan Dynamic
  • Sistem keselamatan Penggera Antikecurian dan Sistem Pengunci Sentral

 

3

 

Selain itu, BMW K 1600 B turut dilengkapi dengan ciri bantuan penunggang seperti BMW Motorrad Integral ABS Pro dan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), kawalan brek enjin (MSR), Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) dan Kawalan Permulaan Curam (HSC).

BMW Motorrad turut menawarkan ciri Gear Shift Assistant Pro, Bantuan Mengundur, dan Kawalan Tekanan Tayar (RDC) yang didatangkan standard.

 

8

 

Ianya ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Black Storm Metallic dan Manhattan Metallic Matte (Style Exclusive).

Bagi mereka yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai BMW K 1600 B, anda boleh layari laman web BMW Motorrad Malaysia.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Acara pameran istimewa BMW Malaysia tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.  …
Sukan Bermotor
Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24…
Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…