BMW Motorrad Malaysia lancar dua model baru: K 1600 GT dan K 1600 GTL!

oleh HEZERI SAMSURI|
Dunia touring memang antara yang diminati oleh peminat jentera dua roda tanahair dan model K 1600 dari BMW memang terkenal dari segi saiz, prestasi dan keselesaannya.

BMW Motorrad Malaysia hari ini melancarkan dua model terkini untuk tahun 2023, K 1600 GT dan K 1600 GTL.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Varian K 1600 GT didatangkan dengan barisan lampu hadapan LED sepenuhnya, menjamin pencahayaan maksimum untuk tunggangan malam. Lengkap dengan ciri lampu belok adaptif, lampu DRL jenis LED dan lampu kabus, rekabentuknya memastikan pengguna lain tahu anda sedang menunggang sebuah GT.

Varian GT datang dalam dua tema warna - Black Storm Metallic dan Style Sport (kombinasi warna putih, biru metalik dan merah), digabungkan dengan angkup brek hadapan dalam kemasan emas.

 

 

Skrin paparan TFT bersaiz 10.25 ini menggunakan teknologi BMW Motorrad Connected terkini dengan fungsi Bluetooth dan Wifi untuk navigasi.

K 1600 GTL pula memberikan fokus yang lebih untuk tunggangan berdua.

Warna pilihan untuk GTl ialah Black Storm Metallic dan Gravity Blue Metallic (Style Exclusive). Warna Option 719 Meteoric Dust edisi istimewa juga ditawarkan, untuk GTL dan juga untuk GT.

Selain dari itu, kedua-dua varian diberikan komponen pelindung enjin, cermin penghadang angin larasan elektrik dan empat butang "Favourite" untuk penetapan sebarang fungsi kegemaran penunggang.

 

 

Kedua-duanya menggunakan trenkuasa yang sama - enjin sejukan cecair/minyak dengan kapasiti 1,649 cc DOHC dengan enam silinder sebaris yang menghasilkan 160 PS dan 180 Nm - membolehkan halaju melebihi 200 kmsj.

Transmisi ialah 6-kelajuan dengan klac multicakera direndam dalam minyak untuk ketahanan dan prestasi yang lebih padu.

Sistem gantungan pula ialah BMW Motorrad Duolever untuk hadapan sementara di belakang, lengan ayun aluminium tetuang tunggal digabungkan dengan BMW Motorrad Paralever.

Bagi varian GTL,sistem gantungan sama cuma dengan penyerap hentak tunggal dengan spring helikal untuk hadapan dan penyerap hentak boleh laras di belakang bagi tunggangan yang lebih kemas, terutama bila membawa penumpang.

 

 

Sistem ABS Pro dengan tiga mod tunggangan (Rain, Road dan Dynamic) terus membantu memudahkan tunggangan dalam pelbagai situasi. 

Bagi sistem hiburan, K 1600 GTL hadir dengan Audio System 2.0 yang mempunyai sepasang pembesar suara pada fairing hadapan.

Harga kedua-dua model ini ialah:

The New BMW K 1600 GT RM 174,500.00
The New BMW K 1600 GTL RM 183,500.00

BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pakej Baloon Financing (pinjama 80 peratus untuk tempoh empat tahun) dengan ansuran bulanan serendah RM2,128 dan RM2,238 untuk GT dan GTL.

Pakej waranti tiga tahun dengan program Roadside Assistance diberikan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…