BMW Motorrad Malaysia anjur konvoi Jelajah Abad BMW R 18

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia baru-baru ini menganjurkan konvoi yang mengumpulkan para pemilik jentera BMW R 18 bersempena dengan ulang tahun BMW Motorrad yang ke-100 pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua peserta berkumpul di bilik pameran pengedar masing-masing sebelum berlepas secara berkumpulan menuju ke Hotel Stripes Kuala Lumpur.
 

BMW


Sedikit info berkenaan sejarah BMW Motorrad, di mana kira-kira 100 tahun yang lalu, sebuah motosikal BMW yang telah diubahsuai oleh ketua pereka Max Friz telah dipamerkan di acara German Motor Show pada tarikh 28 September 1923.

Setahun selepas itu, model sport BMW Motorrad yang pertama muncul, iaitu BMW R 37 yang dibangunkan oleh Rudolf Schleicher.
 

BMW


Jentera superbike pertama BMW Motorrad hanya muncul pada tahun 1971 oleh pereka Hans A. Muth yang menterjemahkan minatnya terhadap kelajuan di atas jalan raya.

Sehingga ke hari ini, BMW Motorrad terus berfikiran ke hadapan dan tidak lekang menyuntik semangat 'Make Life A Ride' di seluruh dunia, menerusi pembangunan konsep-konsep baharu berlandaskan teknologi dan rangkaian kuasa terkini.