BMW Motorrad lancar R18 B dan R 18 Transcontinental

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad memperluaskan lagi penawaran model cruiser mereka dengan memperkenalkan dua lagi varian baharu, iaitu BMW R 18 B dan BMW R 18 Transcontinental.

Kedua-dua model ini membawakan pakej penggayaan ala-ala cruiser jenama Amerika dengan membawakan beberapa perubahan seperti reraup hadapan dengan cermin hadapan yang lebih tinggi, storan keras pada kedua-dua sisi, serta penambahan storan top case untuk model Transcontinental.

 


Jika model R 18 standard mendapat meter tunggal, kedua-dua model R 18 B dan Transcontinenal ini mendapat gugusan empat meter analog, sistem audio khusus Marshall, serta skrin paparan TFT bersaiz 10.25 inci.

Selain itu, kedua-dua model ini mendapat ciri seperti pemanas tempat duduk, sementara model R 18 B pula mendapat pelana yang sedikit nipis dan cermin hadapan bersudut rendah.

 


Untuk kemudahan ketiga perjalanan jarak jauh, BMW turut mendatangkan ciri kawalan jelajah adaptif berasaskan radar yang mampu mengikut kelajuan kenderaan di hadapan.

Dari segi kuasa, BMW R 18 B dan Transcontinental dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder 1,802 cc yang menghasilkan 91 hp dan puncak daya kilas 150 Nm yang masuk antara julat 2,000 rpm hingga 4,000 rpm.

 


Harga jualan bermula dari $21,494 (RM90,952) untuk model R 18 B dan $24,995 (RM105,766) untuk model R 18 Transcontinental.

Baca: BMW R 18 Classic pasaran Malaysia

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Tidak seperti model BMW R 18, BMW R 18 Classic merupakan sebuah cruiser yang direka untuk lebih…