BMW Motorrad lancar barisan model touring K 1600 2022

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad baru-baru ini memperkenalkan kemaskini terhadap penawaran jentera touring K-series di mana ia kini boleh didapati dalam empat varian utama, iaitu BMW K 1600 B, BMW K 1600 Grand America, BMW K 1600 GT dan BMW K 1600 GTL.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk memudahkan pemahaman, senang cerita BMW K 1600 Grand America merupakan penawaran pakej opsyen bagi model asas K 1600 B, sementara model BMW K 1600 GTL (L = luxury?) merupakan versi penawaran yang lebih mewah kepada model BMW K 1600 GT.

Perubahan dibuat terhadap nadi kuasa, di mana enjin enam silinder sebaris bersesaran 1,649 cc itu kini berupaya menghasilkan kuasa 160 hp pada putaran enjin yang lebih awal, pada 6,750 rpm.
 

K 1600 B


Sementara daya kilas pula meningkat daripada 175 Nm kepada 180 Nm pada putaran enjin maksimum 5,250 rpm, menjadikan BMW K 1600 ini mampu memecut dengan lebih pantas.

Enjin ini juga turut mendapat perubahan seperti unit kawalan BMS-O, penderia ketukan bagi mengoptimasikan pemasaan pencucuhan, serta prob lambda berdekatan manifold ekzos untuk memantau kandungan oksigen - semua demi mematuhi peraturan emisi yang semakin ketat.

Selain itu, terdapat juga ciri yang dinamakan sebagai drag torque control yang dikatakan mampu mengelak daripada gelinciran tayar belakang ketika menurunkan gear.
 

K 1600


Sistem suspensi dengan ciri Dynamic Electronic Suspension Adjustment (ESA) didatangkan sebagai standard, di mana sistem ini mampu melaraskan kadar redaman secara elektronik menggunakan penderia enam paksi di depan dan belakang.

Unit lampu asal xenon telah digantikan dengan unit lampu LED penuh adaptif yang mampu menyuluh bergantung kepada sudut condong jentera, serta terdapat lampu 'Welcome' dan 'Goodbye' yang akan menyala di sekitar motosikal.
 

k 1600


Skrin paparan TFT baharu berwarna bersaiz 10.25 inci dengan ciri anti-silau itu datang dengan fungsi asas, serta sistem navigasi pemetaan dan sambungan kepada peranti pintar menerusi aplikasi BMW Connected.

Terdapat ruang storan yang disediakan pada bahagian atas skrin TFT bertujuan untuk meletakkan peranti pintar anda.
 

K 1600


Tidak ketinggalan, ciri Audio 2.0 yang didatangkan standard pada model GTL dan Grand Amerika, atau opsyen bagi model GT dan B. Ciri ini membolehkan anda menikmati hidangan lagu tanpa menggunakan audio helmet.

Kesemua penawaran K 1600 ini boleh didapati bermula Februari 2022.
 

K 1600

 

BMW K 1600 B

 

BMW K 1600 Grand America

 

BMW K 1600 GT

 

BMW K 1600 GTL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…