BMW Motorrad kini masuk ke pasaran India

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
BMW Motorrad secara rasminya kini telah memasuki pasaran India dan akan beroperasi sebagai sebahagian daripada “BMW Group India”. Sebelum ini, motosikal BMW hanya boleh didapati melalui pengimport peribadi dengan cawangan jualan di Mumbai dan Delhi. BMW Motorrad kini masih dalam proses untuk menetapkan saluran jualan di India. Mereka menyasarkan untuk menetapkan pengedar sah BMW Motorrad di Ahmedabad, Bangalore, Mumbai dan Pune. Pada masa ini, BMW  Motorrad kini telah mempunyai 11 model yang dijual di India.  
  1. BMW R 1200 GS GS 1200
Dikuasakan oleh enjin 1,170 cc, yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 109 BHP @ 7750 rpm, tork kemuncak 120 Nm @ 6,000 rpm, dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan. Harga di India: Rs. 15.9 lakh (RM108,941.47) Harga di Malaysia: RM 102,900 (termasuk GST)
  1. BMW R 1200 GS Adventure GS ADVENTURE
Dikuasakan oleh enjin 1,170 cc, mampu menghasilkan kuasa sehingga 123 BHP @ 7750 rpm, tork kemuncak pada 125 Nm @ 6,500 rpm, dan dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan. Harga di India: Rs. 17.50 lakh (RM119,904.14) Harga di Malaysia: RM 113,900
  1. BMW S 1000 RR R1000 RR
Ia dilengkapi enjin 999 cc “ liquid cooled engine” yang menghasilkan kuasa sehingga 196 BHP @ 13,500 rpm dengan tork kemuncak 113 Nm @ 10,500 rpm, dan dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan. Harga di India: Rs. 21.40 lakh (RM129,496.47) Harga di Malaysia: RM104,900 4.    BMW S 1000 R S1000 R Ia adalah versi “naked” RR S 100. Dikuasakan enjin 999 cc dengan kuasa sehingga 158 BHP @ 11,000 rpm dan tork kemuncak pada 112 Nm @ 9,250 rpm. Harga di India: Rs. 16.90 lakh (RM115,793.14) Harga di Malaysia: RM 88,900 5.    BMW R 1200 R r1200 l Ia dikuasakan oleh 1,170 cc, indikator kelajuan berkembar dengan kuasa 123 BHP @ 7750 rpm dan tork kemuncak 125 Nm tork @ 6,500 rpm. Harga di India: Rs. 14.90 lakh (RM 102,089.81) Harga di Malaysia:RM 95,900 6.    BMW R Nine T R Nine T BMW R nineT baharu didatangkan dengan indikator kelajuan berkembar dan alat pengesan pecutan pada komputernya, enjin 1,170 cc. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 109 BHP dan tork kemuncak 119 Nm. Harga di India: Rs. 17.90 lakh (RM 122,644.80) Harga di Malaysia: RM 101,900  7.    BMW R Nine T Scrambler R NINET SCRAMBLER Ia dikuasakan oleh enjin berkembar 1,170 cc dengan kuasa 109 BHP dan tork kemuncak 116 Nm. Harga di India: Rs. 15.90 lakh (RM 108,941.47) Harga di Malaysia: RM 92,900 8.    BMW R 1200 RS normal_33 Dikuasakan oleh enjin 1,170 cc, dengan kuasa 123 BHP @ 7750 rpm dan tork kemuncak 125 Nm @ 6,500 rpm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Harga di India: Rs. 15.90 lakh (RM108,941.47) Harga di Malaysia: RM 99,900 9. BMW S 1000 XR NORMAL 1 Dikuasakan oleh enjin 999 cc “liquid-cooled engine” yang mampu menghasilkan kuasa 158 BHP dengan tork kemuncak 112 Nm. Harga di India: Rs. 18.50 lakh (RM126,755.80) Harga di Malaysia: RM 104,900 10. BMW R 1200 RT NORMAL 2 Dikuasakan oleh enjin 1,170 cc, yang mampu menghasilkan kuasa sehinga 123 BHP, tork kemuncak 125 Nm dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Harga di India: Rs. 18.50 lakh (RM 126,755.80) Harga di Malaysia: RM 123,900 11. BMW K 1600 GTL normal_34 Dikuasakan oleh enjin 1,649 cc, enam silinder dengan kuasa 158 BHP @ 7750 rpm dan tork kemuncak 175 Nm @ 5,250 rpm. Harga di India:  25.90 lakh (RM 177,458.12) Harga di Malaysia: RM 167,900 Nampaknya, harga jentera BMW Motorrad adalah jauh lebih murah di Malaysia. Produk buatan tempatan (India) yang pertama oleh pembuat motosikal ini iaitu model G310 R, dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini.  Tidak lama lagi, kita akan saksikan motosikal BMW bakal dipasang di India. Sumber:www.team-bhp.com Gambar:www.bmw-motorrad.com.my