BMW Motorrad dedah trio motosikal kembara kelas pertengahannya - BMW F900GS, F900GS Adventure dan F800GS 2024

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Motorrad telah memperkenalkan trio bagi segmen motosikal kembara kelas pertengahannya untuk tahun 2024, iaitu BMW F900GS, F900GS Adventure dan F800GS dengan beberapa penambahbaikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hadir dengan kelebihan masing-masing, F900GS menjadi varian utama dan dikhaskan untuk penunggang yang gemarkan jalan off-road, F900GS Adventure pula khusus untuk perjalanan jarak jauh, dan F800GS memiliki tujuan yang sama, namun dengan prestasi lebih rendah.

Dari segi kuasa, ketiga-tiga varian menerima peningkatan dari segi kuasa kuda dan daya kilas. Untuk F900GS dan F900GS Adventure, ia dikuasakan enjin dua silinder selari yang menghasilkan 105 HP (naik 10 HP) pada 8,500 rpm dan 93 Nm pada 6,750 rpm.

 

2

 

Manakala F800GS yang juga dikuasakan enjin dua silinder selari menghasilkan 87 HP, meningkat 2 HP berbanding model tahun 2018 dan 91 Nm.

Ketiga-tiga model didatangkan standard dengan lampu LED penuh, paparan meter TFT 6.5 inci dengan ketersambungan Bluetooth, sistem tanpa kunci, sistem ABS Pro, Dynamic Traction Control dan pilihan mod tunggangan.

Secara standard, mod tunggangan didatangkan tengan dua pilihan iaitu Road dan Rain, manakala tambahan Ride Mode Pro hadir dengan tiga mod tambahan iaitu Dynamic, Enduro dan Enduro Pro.

 

3

 

Dari segi rupa, ketiga-tiga model turut menerima kemaskini panel badan baharu yang direka bentuk semula bersama corak warna baharu.

Antara tambahan baharu untuk F900GS dan F900GS Adventure ialah fork USD Showa boleh laras sepenuhnya, memberikan 230 mm jarak gantungan di hadapan.

Manakala bahagian belakang dilengkapi monoshock bersama fungsi pelarasan pramuat dan  redaman lantunan dengan jarak gantungan 215 mm.

 

4

 

Untuk F800GS pula, ia dilengkapi dengan fork teleskopik biasa tanpa fungsi boleh laras dan monoshock belakang dengan pelarasan pramuat.

Satu lagi perubahan besar untuk F900GS ialah pengurangan berat sebanyak 14 kg, yang diperoleh melalui penggunaan tangki bahan api plastik dan bahagian belakang baharu.

Penggunaan komponen baharu itu menjadikan berat keseluruhan kepada 219 kg dengan 14.5 liter bahan api dalam tangki. Untuk F900GS Adventure pula, ia memiliki berat 246 kg dengan 23 liter bahan api dalam tangki.

 

5

 

Untuk membolehkan perjalanan off-road sempurna, F900GS dan F900GS Adventure dilengkapi dengan rim spoked bersaiz 21 inci dibaluti tayar bersaiz 90/90 di depan, dan rim spoked bersaiz 17 inci dibaluti tayar bersaiz 150/70 di belakang.

Untuk F800GS pula, ia dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 19 inci dibaluti tayar bersaiz 110/80 di depan, dan rim aloi bersaiz 17 inci dibaluti tayar bersaiz 150/70 di belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…