Ini dibuktikan dengan pendaftaran paten yang dibuat oleh BMW Motorrad di Jerman yang menampilkan huruf M pada tiga buah model motosikal - M 1000 RR, M 1000 XR dan M 1300 GS.
Dengan talaan dan kehadiran huruf M di hadapan, ketiga-tiga model diatas pastinya akan menghamburkan kuasa yang lebih tinggi serta menawarkan ciri yang lebih berbanding motosikal standard BMW Motorrad.
Seperti contoh, BMW Motorrad sudah pun hadir dengan M Package pada model S 1000 RR yang lebih ringan dan mempunyai tambahan mod tunggangan kepada model standard.
Jadi, model M 1000 RR dijangka akan menjadi sebuah model khusus untuk trek perlumbaan seperti HP4 Race atau model yang diluluskan untuk kegunaan jalan raya - seperti S 1000 RR HP4.
Model M 1000 XR pula akan menggunakan asas daripada model S 1000 XR adventure/sport yang akan dilancarkan tidak lama lagi, manakala M 1300 GS pula sedikit mengelirukan kerana selain daripada model K 1300 R dan K 1300 GT, BMW tidak pernah menggunakan angka '1300' pada motosikal adventure mereka.
Menurut sumber daripada Motorcycle.com, berkemungkinan besar BMW M akan menggunakan asas daripada R 1250 GS namun angka '1250' tersebut dibundarkan kepada '1300' supaya nampak berbeza berbanding penawaran GS sedia ada.
Perincian berkenaan model-model yang disebutkan diatas masih lagi samar-samar, namun kita akan dapat melihat dengan lebih teliti seawal acara INTERMOT 2019 Jerman, atau acara EICMA 2019 di Itali.
Sumber: Motorcycle.com