BMW meterai MoU dengan TNB, Siemens, MGTC bangunkan infrastruktur, ekosistem EV

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama rakan kongsi Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Siemens Malaysia bagi membangunkan infrastruktur dan ekosistem EV di negara ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Perjanjian tersebut termeterai di acara NEXTGen Malaysia yang merupakan sebuah acara menghimpunkan pakar dan penggiat industri bertemakan kelestarian dan mobiliti elektrik.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, "ketika BMW i diperkenalkan di Malaysia tujuh tahun lalu, kami membayangkan masa depan mobiliti elektrik akan menjadi seperti apa yang ada pada ketika ini.
 

NEXTGen


"Sama seperti rakan kongsi kami, kami percaya masa depan kita akan berlandaskan elektrik, dan terdapat keperluan bagi para pemegang kepentingan untuk menggalas tanggungjawab bagi membangunkan solusi lestari demi hari esok yang lebih cerah.

Hari pembukaan NEXTGen Malaysia turut menyaksikan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Dato’ Madani Sahari; Presiden Persatuan Pengitar Semula Automotif Malaysia (MAARA), Datuk Haji Khan bin Mohd Akram Khan; Pengarah Kanan, Kumpulan Solusi Teknologi di MGTC, Huzaimi Nor bin Omar; dan Ketua Unit TV & Audio Visual di Samsung Malaysia Electronics, Calvert Yap.
 

NEXTGen


Selain menampilkan ucap tama dan panel perbincangan oleh pakar dan peneraju, NEXTGen Malaysia turut menyediakan pameran khas oleh Sunway XFarms, Circular Future, KUALESA, serta paparan produk-produk terkini Samsung.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24…
Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…
Berita Domestik
Acara tersebut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pandu uji, hiburan, dan pameran…